Monday 30 September 2013

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.

“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”

Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker’ lebih daripada setengah tahun.



source : Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar.

or klik this link :

No comments:

Post a Comment