Tuesday 18 November 2014

GHUZWATUL FIKR: PENILAIAN & ANALISIS

GHUZWATUL FIKR: PENILAIAN & ANALISIS

Catatan kuliah yg disampaikan Dr Zaharuddin Muhammad di Fukushima, Jepun pada tahun 2010.


1. Serangan pemikiran ini dilakukan oleh musuh2 Islam utk melemahkan Islam. Antaranya ialah dengan menghilangkan keyakinan org Islam terhadap syariat Islam. Antara modus operandinya ialah melalui instrumen maqasid aqliah.

2. Dari quran dan hadis, lahirnya ilmu2 seperti fiqh, hadis, qawaid dan maqasid. Ilmu maqasid ini lahir melalui kitab Muwafaqaq yg ditulis Imam as Syatibi. Maqasid Syariah bermaksud tujuan pensyariatan, yg bersumberkan Quran Sunnah Ijmak Qias. MS ini tidak boleh dijadikan sumber baru dalam mengeluarkan hukum. Baik dan buruk mesti bersumberkan Quran dan Sunnah. Ramai yg menggunakan jenama MS tetapi sebenarnya isinya ialah MA yg mengukur baik buruk melalui akal.

3. Imam Syatibi berkata; sesungguhnya maslahah dunia yg wujud hakikatnya tidak ada yg bersifat maslahah sepenuhnya sebagaimana juga mafsadah dunia tidak ada yg bersifat mafsadah sepenuhnya dari sudut realiti kewujudan.

4. Tabiat hukum ialah baik>buruk maka hukumnya dibolehkan or diwajibkan. Jika baik<buruk maka diharamkan. Penentuan baik dan buruk ini ialah melalui nas.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُون

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,” (Q.S. Al-Baqarah[2]: 219).

5. Serangan pemikiran datang dengan menggembar-gemburkan kebaikan perkara yg diharamkan dan keburukan perkara yg diwajibkan. Kesannya org Islam melihat hukum wajib tidak wajar dilaksanakan dan hukum haram tidak wajib dibanteras. Analogi baik mencuri dan buruk solat.

6. Fahaman sebegini menjauhkan orang Islam daripada kembali kepada Islam sedangkan Islam ialah punca kekuatan dan keredhaan Allah.

7. Cara yang kedua ialah dengan membandingkan negara umat Islam dengan negara bukan islam. Negara umat Islam lebih mundur dan korup. Maka orang akan mempersoalkan bahawa tidak ada bezanya pelaksanaan Islam wujud atau tidak.

8. Perlu kita beza diantara negara Umat Islam dan negara Islam. Dalam negara Islam atau disebut sebagai Siasah Syariah mesti mempunyai 3 elemen. Siapa yg memerintah, dengan apa dia memerintah dan bagaimana dia memerintah. Segala syarat ini mesti dipenuhi dan dimaksimumkan. Tidak cukup dengan mengatakan negara diperintah orang Islam itu adalah negara Islam.

9. Jika diamati dan dikaji, negara Barat paling terkedepan dalam mengamalkan prinsip2 Islam dalam negara mereka. Kajian menunjukkan bahawa perundangan di zaman Napoleon Bonarparte adalah salin cetak dari fiqh Maliki yg menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. Konsep imbuhan yg diberikan kepada setiap bayi yg baru lahir yg diamalkan oleh negara-negara Barat adalah polisi yg dimulakan oleh Khalifah Saidina Umar ra. Sebaliknya di negara umat Islam yang tinggal hanyalah orang2 Islam yg telah lucut prinsip dan nilai Islamnya. Ini menjadikan Barat maju dan negara Umat Islam mundur serta terkebelakang.

10. Akibatnya orang Islam mula hilang keyakinan terhadap pentingnya kembali kepada Islam yg bersumberkan Quran dan Hadis.

11. Cara yg seterusnya ialah melarikan fahaman sebenar Islam. Islam mula dirujuk kepada falsafah, nama dan definisi walhal Islam bukanlah agama falsafah sebaliknya bersifat realiti. Islam dirujuk pada Quran dan Hadis dan hukum hakamnya diambil berpandukan illat, bukan hikmah dan falsafah.

12. Islam tidak bersifat falsafah sebaliknya bersifat realiti. Definisi-definisi yang dikeluarkan oleh falsafah-falsafah tidak boleh dijadikan sumber dalam mengeluarkan hukum dan memberi sudut pandang Islam.

13. Lihat pada hukum menyapu khuf. Jika mengambil falsafah Islam adalah agama kebersihan, maka sudah tentu sapu bahagian bawah khuf. Tetapi oleh kerana Islam bersifat realiti yg berteraskan Quran dan Hadis, maka khuf disapu di bahagian atas.

14. Hari ini ramai yg merujuk Islam pada falsafah dan definisi yang sepatutnya tidak boleh dijadikan bukti dan hujah. Sebagai contoh, jika seekor kambing itu didefinisikan sebagai haiwan yg berkaki empat, adakah seekor kambing cacat yg berkaki tiga tidak boleh dikatakan sebagai kambing? Sebab itu definisi tidak boleh dijadikan bukti dan hujah.

15. Analogi pakar perubatan dan pemikir perubatan. Tidak boleh wujud pemikir perubatan kerana bidang perubatan ini adalah bersifat realiti dan evidence-based. Pakar perubatan ialah org yg mahir asas anatomi, fisiologi, farmakologi dan subjek klinikal. Sebaliknya pemikir perubatan hanya melihat masalah dari sudut. Pakar perubatan yg memahami kaedah perubayan sebenar sudah sebagai contoh akan menyuntik di bahagian punggung untuk mengubati sakit migrain di kepala. Tetapi pemikir perubatan akan menggunakan logik akal dengan berpendapat bahawa kepala lah yg perlu disuntik kerana kepala yg sakit!

18. Hari ini pemikir islam ditonjolkan oleh media massa kepada masyarakat seolah-olah mereka lah yg membawa sidit pandang Islam yg betul. Mereka berhujah di luar kerangka dan metadologi ilmu Islam.

19. Suratul Hajj ayat 8-9;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya[8] Dengan memalingkan lambungnya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. ia mendapat kehinaan di dunia dan dihari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar [9]”.


20. Cara seterusnya ialah dengan memberi sudut pandang Islam melalui cara bukan Islam. Melihat Islam melalui kacamata bukan Islam. Hadis;

أن عمر بن الخطاب أتى النبي صلى الله عليه وسلم بكتاب أصابه من بعض أهل الكتاب ، فقال : يا رسول الله ، إني أصبت كتابا حسنا من بعض أهل الكتاب ، قال : فغضب وقال : أمتهوكون فيها يا ابن الخطاب ، فوالذي نفسي بيده ، لقد جئتكم بها بيضاء نقية ، لا تسألوهم عن شيء فيخبروكم بحق فتكذبوا به ، أو بباطل فتصدقوا به ، والذي نفسي بيده ، لو كان موسى حيا ما وسعه إلا أن يتبعني .

Ertinya : Umar al-khattab membawa kepada Rasulullah s.a.w sebuah kitab yang ditemuinya dari sebahagian kitab lalu berkata :

"Wahai Rasulullah s.a.w, aku berjumpa sebuah kitab yang baik dari sebahagian ahli Kitab"

Lalu Baginda berubah menjadi marah dan berkata :

"Adakah kamu keliru pendirian (tentang agamamu) wahai Ibn Khattab? Demi Nyawaku di dalam tangan Allah, telah aku bawakan kepadamu dengan lembaran yang putih bersih (Islam dan rujukannya Al-Quran yang bersih dari ubahsuai), Jangan kamu tanyakan kepada mereka sesuatu apa pun kelak dikhabarkan oleh mereka satu perkara yang benar lalu kamu akan mendustakannya, atau diberitahu satu perkara batil, lalu kamu membenarkannya, demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya Nabi Musa a.s itu masih ia tidak akan dapat berlepas diri kecuali untuk mengikutiku"


21. Dr Yusuf Qaradhawi dalam mukaddimah kitabnya al Halal wal Haram menyatakan bahawa orang Islam yg mempelajari ilmu dunia daripada Barat kemudiannya kagum dengannya, tanpa mempelajari pandangan dan ajaran Islam terhadap perkara itu. Mereka ini kemudiannya akan membandingkan fahaman yg mereka dapat dengan pandangan Islam terhadapnya. Jika bersamaan, maka mereka akan kegembiraan. Jika tidak mereka akan modify faham Islam mereka supaya sesuai dengan faham kebaratan mereka. Akhirnya mereka akan menganggap sama sahaja faham Islam dan fahaman lain.

22. Contoh terbaik ialah meluasnya pengaruh sosialisme dalam dunia Islam khususnya negara2 Arab satu ketika dulu. Orang Islam merasa takjib dengan sistem sosialis tanpa rajin mengkaji terlebih dahulu sistem Islam. Apabila mereka melihat beberapa perkara dalam sistem Islam mirip sosialis mereka kegembiraan dan mengatakan sama sahaja sosialis dan Islam. Mereka melihat Islam dari kaca mata sosialis. Akhirnya hilang lah minat dan kesungguhan pada umat Islam untuk kembali berpegang pada Islam lantaran faham mereka yg telah dirosakkan. Mereka sudah selesa dengan sosialisme dan merasakan ia juga adalah Islam.

23. Perbezaan Islam dan bukan Islam hanyalah sedikit. Tetapi perbezaan inilah yg menentukan halal dan haram sesuatu perkara. Ayam yg disembelih dan tidak sama sahaja rasanya tetapi sembelihan itu lah yg menentukan Islam atau tidak.

24. Cara seterusnya ialah dengan menggambarkan Islam sebagai agama yg idealistik. Contohnya dengan menggambarkan Islam sebagai agama toleransi yg mengelakkan pertembungan yg akhirnya menghilangkan ketegasan Umat Islam terhadap perkara2 yg batil dan pencegahan kemungkaran.

25. Firman Allah Taala;

ولو شاء ربك لجعل الناس أمة واحدة ولا يزالون مختلفين .

“ Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tapi mereka senantiasa berselisih (pendapat).  ( QS. Hud 118)

ولولا دفع الله الناس بعضهم ببعض لفسدت الأرض
Artinya:
Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. (Q.S. Al Baqarah: 251)


26. Cara yg seterusnya ialah dengan memburukkan Islam melalui Islamofobia dan tanggapan negatif terhadap konsep Jihad.

27. Bab Jihad terutamanya jihad qital cuba dihapuskan oleh musuh2 Islam dari silibus al Azhar. Jihad digambarkan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Hanya Amerika dan sekutunya sahaja yg layak membuat ganas. Akhirnya umat Islam meninggalkan jihad dan memandang serong terhadap mereka yg berkecimpung dalam medan jihad.

28. Cara yg seterusnya ialah dengan mewujudkan pelbagai aliran pemikiran Islam yg tidak asli seperti moderate muslim dan pluralisme.

29. Cara lain pula ialah dengan menggembar-gemburkan isu furu' berbanding dengan isu usul sehingga memecah belahkan umat Islam dan melarikan tumpuan umat pada penegakan isu teras.

30. Penyelesaiannya ialah Islam mesti dirujuk kepada sumber yg asli yakni Quran dan Hadis. Jika tidak mampu mendalaminya perlu dikembalikan kepada fuqaha dan ulamak yg nuktabar. Masyarakat perlu beriltizam dengan jemaah Islam yg menepati syariat (  تلزموا جماعة المسلمين و امامهم). Penegakan Syariat perlu dimulakan dengan niat yg baik dan dikerjakan dengan cara yg baik. Niat dan cara mesti sharia-compliant.

31. Majalah Mujtama isu Mei 2009 membuat pendedahan tentang RAND Corp yg berkhidmat kpd Pentagon untuk menyerang mana2 orang dan kumpulan yg bercita2 menegakkan syariat Islam baik apa cara sekalipun. Mereka akan memastikan org Islam tidak akan kembali kepada Islam dan prinsip2nya.

32. Mereka menubuhkan, membiaya & menyokong gerakan2 dan individu2 yg akan menjadi lawan kepada gerakan Islam dan membantutkan usaha penegakan Syariat.



Dicatat oleh;
Admin Nurul Haq

.

No comments:

Post a Comment