Thursday 9 January 2014

Apa Itu Orang Yang Kuat Agama?




Pernah satu ketika dahulu di dalam kelas Psychiatry kami dihadamkan dengan salah satu symptom yg cukup menarik dalam bidang Psychiatry, yakni over-religiosity. Bidang Psychiatry ini antara cabang perubatan yang kurang mendapat tempat di Malaysia, tetapi Alhamdulillah kini makin berkembang. Dipelopori banyak oleh doctor-doktor dari Barat terutamanya Jerman yang banyak berfahaman atheism, mereka cenderung melabelkan symptom over-religiosity pada pesakit-pesakit mereka yang sedikit “kurang siuman” kemudian “bercakap hal agama”.

Adalah satu perkara yang sukar bagi seorang doctor meskipun dia seorang atheist, untuk membezakan cerita-cerita pesakit itu adalah pengalaman-pengalaman dan perasaan-perasaan spiritual, atau hanya lah kesan psychopathology yang tersirat dalam kepalanya? Adakah sembang-sembang keagamaan nya adalah menandakan dia benar-benar mengalami perasaan-perasaan spiritual, atau dia sebenarnya gila?

Saya beri contoh pesakit-pesakit yang saya jumpa semasa di luar Negara, yang kebanyakannnya Hindu. Mereka mula bercerita bagaimana dewa itu dan dewi ini telah mengurniakan kesaktian kepada mereka sehingga mereka begitu percaya yang mereka boleh mengubati orang dan membeuat sesuatu dengan kuasa ajaib mereka. Ada yang mengerat rambut kononnya membuat “offering” kepada dewa dewi tertentu atas sebab mahu sembuh dan sebagainya. Pernah juga saya berjumpa pesakit Muslim yang mula berteriak-teriak “Allahuakbar” tidak memasal dan bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Ada juga pesakit Muslim yang kami jumpa, bercakap dia dikhianati kerana dimasukkan ke Wad orang gila tersebut kemudian menjerit-jerit marah entah apa tetapi kemudiannya berlagak alim membaca tahiyyat akhir entah tiba-tiba!

Ya, memang melucukan. Juga memeningkan. Juga timbul rasa simpati. Tetapi itulah dia, kuatbagaimana kita harus membezakannya? Kita orang Islam bertuah. Agama kita tersusun dan kemas. Sesuatu ritual atau ibadah itu tidak dibuat sewenang-wenangnya melainkan dengan dalil dan sanad yang jelas. Sesuatu kebatilan dalam menonjolkan agama itu mudah dipatahkan dengan hujah aqliah dan dalil. Mana mungkin tanpa ada sebab tiba-tiba baca tahiyyat akhir. Kuat-kuat pula tu! 

Hal yang sama tidak berlaku pada agama lain! Ritual-ritual mereka tidak mempunyai sandaran yang jelas tentang mengapa mereka berbuat demikian. Atau, mungkin juga saya yang terlalu jahil untuk tidak mengkaji fahaman mereka.

Tetapi dalam hal ini, saya masih keliru. Takkan lah orang gila tak boleh cakap hal agama langsung? Takkanlah orang gila, tidak boleh mempunyai perasaan2 spiritual? Takkanlah orang gila, tidak boleh menonjolkan ritual-ritual agama tanpa dilabelkan sebagai over-religiosity? Orang gila pun nak sembahyang jugak!

Perkara ini saya ajukan kepada guru saya. Seorang doctor perempuan dari India. Agamanya saya tidak pasti. Tetapi jawapan dia benar-benar membuat saya tertarik. Kata dia;

“orang yang religious (warak), sudah tentu tidak akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dan norma-norma yang disepakati masyarakat. Saya mempunyai seorang pesakit mania dahulu. Muslim. Dia sangat baik apa bila berjumpa dengan saya. Tiap-tiap pagi dia akan bersembahyang awal pagi (subuh) di masjid dan membantu mengedarkan Quran pada pelajar-pelajar madrasah sana. Dia pergi membersihkan masjid dan menolong budak-budak madrasah disana. Itu baguslah. Tetapi apabila dia pulang ke rumah,dia akan bergadh dengan ibu bapanya. Memaki hamun tidak tentu pasal dan mula bercakap yang bukan-bukan. Dirinya mula tidak terurus sehingga ibu bapanya yang terpaksa menguruskan makan minum pakainya kerana dia langsung tidak kisahkan hal tersebut! Seorang yang religious (warak). Sudah tentu tidak akan buat macam tu. Itulah over-religiosity!”

Sekarang, saya pohon tuan-tuan pembaca sekalian mungkin boleh kaitkan gambar dia atas, dengan apa yang kita lihat pada hari ini. 

Kita orang Islam sangat bertuah. Kita punya sumber yang cukup ampuh. Dalil-dalil disertakan dengan sanad dan huraian yang cukup kemas oleh para ulamak terdahulu. Segalanya sistematik. Kalau timbul permasalahan baru, aka nada ijtihad-ijtihad baru yang akan mengekalkan relevannnya Islam di sepanjang zaman dan tempat.

Akan tetapi, hari ini kita lihat, orang ramai mengambil agama itu separuh-separuh. Tidak syumul seperti yang dibawa oleh Muhammad saw itu sendiri!

 Ramai yang mengaku daie mengajak kepada Islam, tetapi buruk akhlaknya. Menyumpah seranah, memaki hamun, dan membuka aib audara mereka sendiri. Ada yang kononnya kasihkan Nabi dengan berqasidah berkompang bagai, tapi pejam mata dengan kezaliman dan kemungkaran di depannya. Ada pula yang bengkak-bengkak lutut bersembahyang, sedangkan jirannya sendiri tidak kenal kiblat arah mana. Ada yang 10 kali naik haji, tetapi orang kampungnya sendiri ada yang mengikat perut dek sesak menampung keluarga.

Kita ummat Islam perlu muhasabah. Kalau keadaan ini berterusan, boleh jadi kita tidak ada beza dengan pesakit-pesakit mental yang dilabel over-religious itu. Setidaknya mereka itu ada penyakit dalam otaknya, sedangkan kita waras!

P/s: Mohon maaf kerana terlalu lama menyepi. insyaAllah akan lebih istiqamah menulis.



Admin Ragnar.
Unit Penerangan GAMIS Melaka 2013/2014
.

No comments:

Post a Comment