Monday 30 September 2013

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.

“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”

Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker’ lebih daripada setengah tahun.



source : Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar.

or klik this link :

Thursday 19 September 2013

Amalan 'copy paste' tak beretika

KUALA LUMPUR - Amalan 'copy paste' atau 'salin dan tampal' maklumat dari internet bagi tujuan pembelajaran adalah perbuatan tidak beretika kerana menciplak, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan itu tidak membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara bernas.
   
Katanya kesahihan maklumat itu juga tidak dapat dipastikan dan ini boleh menimbulkan penyebaran maklumat yang salah ke dalam proses pembelajaran pelajar.
   

"Pelajar serta masyarakat perlu diberikan kesedaran bahawa amalan tersebut adalah salah jika maklumat tidak diperhalusi kesahihannya," katanya ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
 
Jailani turut menekankan bahawa pelajar yang menjadikan internet sebagai rujukan atau bersosial supaya bijak dalam memberikan refleksi terhadap sesuatu isu yang didepani mereka termasuklah dalam isu penggunaan bahasa.
  
"Remaja atau pelajar tidak perlu terikut-ikut dengan lenggok bahasa rojak yang terdapat dalam media ini dan membawanya ke alam pembelajaran dan komunikasi seharian.
 
"Begitu juga dengan sebarang tindakan seperti memuat naik perkataan atau gambar yang negatif dan berkongsi pula dengan pengguna lain," katanya.
  
Ketua Pengarah DBP Datuk Awang Sariyan yang turut hadir berkata DBP kini dalam perancangan melaksanakan program penarafan bintang berhubung penggunaan bahasa kebangsaan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan pentadbiran awam.
  
Beliau berkata kerjasama antara DBP, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah usaha untuk menjadikan PBT, tempat awam dan jabatan awam negara ini bercirikan citra kebangsaan melalui bahasa Melayu.
   
Katanya satu unit audit bahasa ditubuhkan bagi tujuan itu dengan 18 PBT sedang dinilai di peringkat awal untuk penarafan bintang sebelum diperluaskan di kesemua 149 PBT seluruh negara.



source : www.sinarharian.com.my
 

Jom baca surat khabar.




BACHANG - Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru maut apabila kereta dipandu rakan sekolejnya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Lebuh AMJ berhampiran Balai Panjang di sini, pagi semalam.

Mangsa, Teh Arifah Hanani Mohd Nasri, 20, maut apabila tersepit di tempat duduk  penumpang hadapan selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaikinya melanggar pokok kira-kira jam 1.30 pagi.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu yang sampai ke lokasi jam 1.45 pagi selepas menerima panggilan 10 minit sebelumnya mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk mengeluarkan kedua-dua remaja terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Muhammad Koey Abdullah berkata, ketika kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa, Muhammad Zul Akmal Abd Halim, 19, dalam perjalanan dari arah Malim menghala persimpangan lampu isyarat Lee Rubber, Bachang

“Kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok yang terletak di kiri jalan dalam keadaan mengiring.

“Akibat kemalangan ini, kedua-dua remaja terbabit tersepit, namun mangsa yang berasal dari Serendah, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, Muhammad Zul Akmal yang terselamat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa, Teh Arifah, Mohd Nasri Hashim, 59, berkata, kali terakhir bertemu anak keempat daripada tujuh beradik itu adalah pada Isnin lalu sebelum balik ke Melaka menaiki bas.

“Kebiasaannya dia akan balik ke rumah dua atau tiga minggu sekali atau jika cuti panjang. Pada cuti hujung minggu lalu, dia ceria seperti selalu, tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Kira-kira jam 3 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada polis mengatakan anak kemalangan. Saya terkejut, namun dapat mengagak sesuatu lebih teruk berlaku,” katanya.

Katanya, Teh Arifah yang menuntut dalam jurusan Diploma Sumber Manusia kini semester tiga sering berulang-alik dari Serendah ke Melaka sejak lebih setahun lalu.
 

Moga Allah tempatkan bersama orang-orang beriman. Aamiin.

Saturday 7 September 2013

Semester baru

Alhamdulillah.. Berakhir cuti semester bagi pelajar ijazah di seluruh IPTA. Adik-adik junior yang baru mendaftar diharapkan dapat menempuh ujian dan dugaan sebagai mahasiswa. Kena pandai pilih kawan, kena pandai sesuaikan diri dengan suasana baru, kerana sekali tersalah pilih, mungkin selamanya kita akan menanggung akibat buruk..

Jom tajdid niat kita belajar kerana Allah, letakkan dakwah sebagai perkara yang penting juga. Belajar nombor satu tapi dakwah bukan nombor dua. Bentuk biah solehah (suasana solehah) di kampus anda. Pastinya kehidupan lebih barakah, kan ?

Jaga akhlak sebagai orang Islam, jangan jadi fitnah kepada agama. Islam itu indah jangan kita cemarkan dengan perkara yang buruk. Akhir sekali, laksanakan amar makruf, nahi mungkar. Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. Jadi kena usaha buat sikit-sikit.

Jaga diri ! Assalamualaikum.

Saturday 31 August 2013

Assalamualaikum. Dah terlalu lama admin tak post apa-apa di blog ini. Apa khabar sahabat sahabiah ? Apa khabar iman anda ? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan dirahmati Allah S.W.T. Insha Allah..

Sepanjang Ramadhan dan Syawal banyak perkara yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Isu Mesir yang bagai tiada penghujungnya kerana terlalu ramai nyawa yang terkorban kerana kezaliman pihak tertentu. Mungkin kita tak mampu untuk ke sana berperang atau menjatuhkan pihak yang sepatutnya. Tapi dengan doa yang berterusan untuk mereka, insha Allah semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Allah uji kerana Allah sayang. Begitu berat ujian yang Allah berikan kepada mereka. Pastinya iman mereka berkali ganda hebatnya jika nak dibandingkan dengan kita insan yang lemah ini. Allah...

Di Malaysia pula, walaupun telah 56 tahun kita meraikan kemerdekaan, tapi adakah jiwa-jiwa kita benar-benar merdeka ? Atau hanya sekadar laungan yang tiada rohnya ? Sedangkan gejala sosial masih bermaharaja lela, semakin teruk pula. Allah... Dengan isu buang bayi di universiti tempatan, kes rogol di kolej kediaman mahasiswi, keganasan ibu bapa dengan mendera anak kandung mereka sendiri. Apa dah jadi dengan dunia akhir zaman ? Sadis.

Tidak lama lagi, semester baru akan bermula. Semoga sahabat meletakkan dakwah sebagai salah satu perkara utama yang wajib dilakukan tak kira di mana jua. Walaupun iman kita senipis kulit bawang, tapi mungkin dengan usaha kita yang sedikit itu mampu membuka hati orang lain untuk lebih dekat dengan Islam. Insha Allah.

Salam Kemerdekaan Ke-56. Peace For Egypt. R4BIA.



Saturday 6 July 2013

Cakna Isu Mesir

Pendirian Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, 
06 Julai 2013,
27 Sya'aban 1434 H.

GAMIS melahirkan rasa kesal terhadap penggulingan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang dilantik secara rasmi melalui sistem pilihanraya pada 24 Jun 2012 tahun lepas. 

Dalam tempoh 377 hari ( 1 tahun 12 hari ), realitinya sudah pasti satu jangka masa yang sangat singkat untuk melakukan fasa perubahan menyeluruh terhadap negara Mesir setelah 30 tahun negara itu ditadbir oleh Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, Presiden Mesir ke - empat.

Ditambah juga, sepanjang tempoh itu beliau berhadapan dengan cabaran tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin pertahanan negara dan kakitangan kerajaan bagi melaksanakan perubahan yang dirancang.

Polemik yang dimainkan pihak tentera bagi merampas kuasa yang turut mendapat sokongan Syeikhul Azhar menyaksikan kebejatan sistem politik Mesir yang sewenang - wenangnya dibonekakan.

GAMIS berpandangan seharusnya SISTEM POLITIK MESIR PERLU DIROMBAK DARI AKAR UMBI supaya KUASA TENTERA TIDAK MENJADI ALAT untuk MEROBEK KEPUTUSAN PILIHAN RAKYAT.

Ini kerana, tidak mustahil selepas ini jika perlantikan Presiden masih juga tidak dipersetujui, maka rampasan kuasa oleh tentera akan terus berlaku sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Mesir dalam jangka tempoh yang panjang.

Dalam hal rampasan kuasa ini, Barat dilihat menyokong tindakan tersebut walaupun demokrasi menjadi laungan mereka. Tetapi, sebaliknya yang berlaku, apabila Dr Morsi kelihatan melebar luas agenda Islam terutamanya isu Palestin.

GAMIS turut menyokong tindakan parlimen Turki serta parti pembangkangnya yang tegas mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tentera membelakangi prinsip demokrasi.

Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk yang benar oleh Allah S.W.T dalam mencermati polemik krisis politik Mesir ini. Sama - sama kita kirimkan doa berterusan buat kekuatan spiritual rakyat Mesir disana.

Muhammad Azan bin Safar,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ),
dan seluruh Saff Kepimpinan GAMIS 2012/2013.

Tuesday 2 July 2013

Saturday 25 May 2013

Apakah ?



Syiah telah membunuh ramai saudara kita di syria...Adakah selepas ini giliran Malaysia pula untuk puak syi'ah ini membunuh dan menyembelih kita ? Dalam gambar ini , pemimpin yang anda agungkan bersama dengan pemimpin syiah dalam sebuah program... INIKAH KEMPIMPINAN YANG ANDA MAHUKAN ???


Kasihan rakyat dipersalahkan.. Apa kata anda rakyat Terengganu ?


Apa khabar orang Terengganu?
Zalimnya korang!

Tapi anak muda memohon, bukan saja rakyat Terengganu, tapi rakyat Malaysia, bertindak lebih zalim dan kejam ke atas UMNO/BN!

Kesiannya UMNO/BN dizalimi.. haha



Sunday 12 May 2013

Coretan Hati



Mungkinkah kita masih ada harapan untuk menukar kerajaan sedia ada ?

Tiada Istilah Kalah Di Jalan Allah.



Friday 3 May 2013

Salam Reformasi dari Melaka (flash-mob anak muda)

Siapa kata melaka kubu kuat Barisan Nasional?? projek video anak muda melaka membuktikan Pakatan rakyat sudah diterima masyarakat Melaka, hon tanpa henti yang kami terima sepanjang program kami menunjukkkan rakyat melaka mahukan perubahan InsyaAllah. Salam reformasi dari kami di Melaka, Ubah Melaka, Tawan Putrajaya !!! Ini kalilah !!

Klik link di bawah ni untuk video




INI KALI LAH !

SEMOGA ALLAH BANTU PERJUANGAN SAHABAT-SAHABAT.

ALLAHU AKBAR !

Sunday 21 April 2013

Penamaan calon PRU13


20hb April merupakan tarikh penamaan calon untuk setiap parti politik yang ada di Malaysia. UMNO dan Pakatan Rakyat. Meriah di sekitar kawasan Melaka dengan sambutan masyarakat terhadap parti yang dipilih mereka...

Bagi mahasiswa yang bakal mengundi, saya yakin, pastinya ramai yang pertama kali mengundi ? Perasaan excited itu sudah semestinya, kan ? Atau anda sebahagian dari mereka yang tak ambil peduli ?

Mahasiswa perlu ambil tahu dan ambil berat perihal mengundi, kepimpinan negara di tangan anda. Jika tersalah pilih, maka menjadi kerugian kepada seluruh rakyat Malaysia. Pilihan bukan sebab ikut-ikut, tetapi perlu kaji dahulu mana parti yang layak untuk dipilih.

Jadi, jangan lupa untuk mengundi 5 MEI 2013 ini. =)

Ini saya sertakan panduan memilih pemimpin :


Maaf ya, kecil pula. Boleh lah upload image ini.



PILIHAN DI TANGAN ANDA.

SAYA PILIH UNTUK UNDI ^^V





Friday 19 April 2013

Event REMP-IT

JOMMMM! Kehadiran anda AMAT dinantikan ..



TOLAK di Melaka

Assalamualaikum. Terima kasih kepada mereka yang bersama kami untuk menyuarakan kebenaran . Terus "TOLAK" BN dan UMNO untuk kerajaan yang lebih adil dan berwibawa.

Sekitar TOLAK di Melaka:




















Saturday 30 March 2013

Buku...




Muhammad bukan Nasionalis
oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Azrul Hakim Suradi
ISBN: 978-967-361-047-1
Tarikh Terbit: April 2012
Jumlah Muka Surat: 326
Harga: RM25.00/RM28.00

__Sinopsis_________________________________________________

Barangkali mereka yang tinggal di negara pemerintahan nasionalis mengatakan nabi itu seorang nasionalis. Semasa saya melawat ke Uzbekistan, sebuah negara bekas jajahan komunis, terdapat masjid yang tersergam indah, tok imam yang berjubah dan berkemungkinan boleh menjadi seseorang yang berfikiran komunis, lantas mereka juga mengatakan bahawa nabi seorang komunis.
Tidak sama sekali. Nabi Muhammad SAW adalah 100 peratus Islam, bukannya komunis dan bukan juga nasionalis. Jangan sesekali kita mengatakan bahawa nabi seorang yang berfahaman komunis, nasionalis, demokrasi atau lain-lain fahaman yang menjadi anutan dunia. Inilah yang menjadi teras dalam aqidah.

Masyarakat kini lebih mengutamakan serta menjadikan nasionalisme sebagai fahaman pemikiran. Malah sesetengah negara-negara Arab juga mendakwa dengan nasionalisme mereka mencapai kemerdekaan seolah-olah Islam tidak mampu memberikan kemerdekaan. Dari sini dapat dilihat begitu jahilnya kita dan begitu bijaknya Inggeris mahupun penjajah lain yang begitu kemas sekali mengatur perancangan mereka  walaupun setelah diusir keluar dari tanah jajahan masing-masing.
Umum mengetahui, Inggeris keluar dari Tanah Melayu bukan kerana kehendak mereka, tetapi disebabkan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula dari Magana Karta. Selepas Perang Dunia Pertama yang melibatkan Eropah sesama Eropah dan Perang Dunia Kedua yang melibatkan sesama negara Eropah beserta negara Asia, mereka terpaksa menanggung bebannan kesan peperangan yang amat besar  sehinggalah PBB mengumumkan semua negara jajahan harus dimerdekakan.
Namun, sebelum mereka berundur, mereka telah mencari dan mengenal pasti  agen-agen yang akan bergerak sebagai agensi penjajah untuk disebarkan kepada rakyat supaya menolak agama Islam. Tetapi, kebenaran itu ternyata milik Allah SWT. Nur (cahaya) Allah SWT terpancar ke seluruh dunia ini. Lama kelamaan cahaya kebenaran semakin bersinar dan terus menutupi kegelapan masa lampau.
Bermula  di Timur Tengah iaitu, di Mesir, persatuan Ikhwan Muslimin (IM) yang dibenci Inggeris, Perancis serta penjajah lain kini telah berada di hati masyarakat hanya kerana menegakkan kebenaran. Mereka (IM) tidak mempunyai wang, atau kuasa, namun kini sudah berjaya memenangi pilihan raya. Seperti kita (PAS) juga di Malaysia. Kita tidak mempunyai wang, juga tidak mempunyai apa-apa kecuali dengan menyatakan kebenaran bahawa dunia ini bukan hak kita sebaliknya kepunyaan Allah SWT. - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Say yes for new Government.


Bukan pemimpin sebegini yang mahasiswa inginkan.... Allahu Akbar !



GAMIS NEGERI PAHANG: FORUM; OUR COUNTRY, OUR RIGHT, OUR CHOICE

GAMIS NEGERI PAHANG: FORUM; OUR COUNTRY, OUR RIGHT, OUR CHOICE: Salam penghargaan dan terima kasih kepada; Penganjur daripada Badan Bertindak Mahasiswa Mahallah Tabari, Mahallah Maimunah & Mahallah...



Saturday 16 March 2013

Borang Keahlian.


Assalamualaikum.. TERBARU !!--> Kini keahlian GAMIS Melaka dibuka kepada semua mahasiswa IPTA/IPTS. Jom bersama-sama kami menyebar risalah Islam di Negeri Melaka ini. hanya dengan 4 step mudah, anda akan manjadi sebahagian Aktivis GAMIS yang merupakan NGO Mahasiswa Islam. Ayuh, kami mencari ahli yang komited dengan kerja DAKWAH dan andalah orangnya.. sebarang pertanyaan sila PM kami.. =) =) =)

~GAMIS MELAKA:::Mahasiswa Memimpin Perubahan:::: 




Selamat mendaftar !

Tuesday 26 February 2013


Ucapan Ustaz Azan Safar sewaktu Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan.


            Sewaktu Himpunan Mahasiswa Islam Zon Selatan, sempat ana catatkan beberapa perkara dalam ucapan Ustaz Azan yang boleh kita jadikan perangsang untuk terus menjadi mahasiswa Islam yang ke depan dan berdaya saing. Ana telah olah sedikit isi ucapan beliau, agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat.

 Beliau berkata, mahasiswa perlu banyak membaca bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Bacaan perlulah bacaan yang dapat menjana idea-idea untuk membantu ummah, bukan bacaan yang sia-sia.

            Manfaatkan masa sebagai mahasiswa. Rancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kerana sewaktu zaman sebagai mahasiswa ialah masa keemasan bagi mencipta sejarah-sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Bila dah bekerja nanti, pastinya kita akan merindui masa belajar.

            Mahasiswa yang intelek dan berpandangan jauh, pastinya mampu melontarkan idea-idea untuk masyarakat. Tapi hingga kini, suara mahasiswa masih belum diiktiraf oleh masyarakat. Mahasiswa haruslah meningkatkan kompetensi diri agar mampu menjadi suara yang didengari.

            Jika kita lihat orang biasa letak keris di pinggang, kini keris perlu ada di akal. Mahasiswa perlu bijak, nak bijak kena belajar, kita perlu try and error. Jangan ambil masa yang lama untuk fikir risiko, jika kita lambat mencuba sesuatu yang baru, kita sendiri yang akan rugi. Mahasiswa perlu lawan rasa takut, bila kita lawan rasa takut, rasa excited akan muncul. Kita akan rasa seronok dengan pencapaian diri sendiri.

            Beliau juga mengingatkan kita dengan kisah dalam Surah Kahfi, iaitu kisah Ashabul Kahfi. Beliau menekankan ciri kepemudaan yang perlu ada dalam setiap diri mahasiswa. Antaranya ialah :
            1. Beriman kepada al-Quran.
            2. Berjuang kerana Allah.
            3. Mahasiswa tidak boleh hanya duduk statik, kena bangun dan bangkit. Ingatan kita pada sirah Mus’ab bin Umair dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang bangkit menentang kebatilan pada usia yang muda.
            4. Mahasiswa perlu mengorak langkah meningkatkan kualiti diri untuk membantu ummah.

Bersama-sama kita mengubah diri dan ummah ke arah yang lebih baik lagi. Insyaa Allah.


Unit Penerangan Gamis Melaka.

Himpunan Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan

Himpunan Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan, Johor
17 Februari 2013 


Perkara penting sepanjang program :

- Bertempat di Parit Kuari, Ayer Hitam, Johor Darul Takzim.
- Jumlah kehadiran seramai 79 orang muslimin dan 97 orang muslimat.
- Program rumah ke rumah untuk mengedarkan flyer, selain mengadakan speaker corner di pasar malam.












Bangkitlah wahai mahasiswa Islam !




Sunday 27 January 2013

Manfaatkan cuti semester anda, anda dan anda !

Assalamua`alaikum sahabat-sahabat syurga ana. Selamat bercuti ana ucapkan untuk antum semua. Sudah tentu antum ada banyak aktiviti yang akan dilakukan. Tapi perlu diingat, aktiviti yang akan kita lakukan itu haruslah bermanfaat dan tidak sia-sia. Sepanjang berada di rumah, luangkan masa untuk membantu keluarga menguruskan rumah kerana bila mana kita berada di kampus, kita sibuk dengan kelas, assignment dan aktiviti-aktiviti persatuan. Jadi gunakan masa cuti semester ini dengan berkualiti untuk membina hubungan yang lebih baik lagi dengan ahli keluarga kita. 

Selain itu, gunakan masa cuti ini untuk mencari dan membaca bahan-bahan ilmiah agar dapat digunakan sebagai pengisian semasa berbulatan gembira bersama sahabat-sahabat. Sharing is caring right ? Seorang dai`e perlu tanam sikap suka membaca dalam diri agar kita menjadi muslim berpengetahuan. Bukankah kita mahu jadi muslim yang luar biasa ? Waktu cuti ini juga kita gunakan untuk meningkatkan ibadah kita pada Allah. Lakukan ibadah yang kita tidak sempat lakukan sewaktu sesi pengajian pada waktu cuti semester ini.




Dunia adalah penjara bagi orang mukmin.

Masa lapang adalah musuh bagi mujahid/mujahidah.

Manfaatkan cuti untuk Islam jom :D 

Waktu macam ini lah nak jadi khadam pada ibu dan ayah.

Salam percutian.

Peringatan bersama agar tidak leka.

 Fighting!!! 



Unit Penerangan Gamis Melaka







[240113] Isu Semasa Dalam Negara

Sinar-Maszlee Malik, Aziz Bari: Mahasiswa layak bertanding PRU 13 http://www.sinarharian.com.my/politik/mahasiswa-layak-bertanding-pru13-1.124552
Mk-Aziz Bari: Ahli akademik hanya mahu pangkat, jadi Dato, Maszlee Malik: Pelajar takut dibuang universiti, takut PTPTN ditarik balik, takut markah rendah http://www.malaysiakini.com/news/219706
Sinar-MB tak tunai janji 10 tahun, UMNO Cawangan tutup bilik gerakan http://www.sinarharian.com.my/politik/marah-mb-tutup-bilik-gerakan-1.124546
Sinar-UMCEDEL: Orang Cina lebih ramai pengundi atas pagar http://www.sinarharian.com.my/politik/umcedel-orang-cina-lebih-ramai-pengundi-atas-pagar-1.124541
Sinar-Survey calon PM: Anwar hampiri Najib
http://www.sinarharian.com.my/politik/calon-pm-najib-dan-anwar-jadi-pilihan-1.124525
http://www.malaysiakini.com/news/219782
Mk-Kajian UMCEDEL: Pakatan hanya 5 peratus belakang BN http://www.malaysiakini.com/news/219781
Sinar-MB Perak taknak layan cabaran berdebat http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-perak-tidak-mahu-layan-cabaran-debat-1.124408
Sinar-5 Feb: Himpunan Rakyat 1Malaysia Pulau Pinang http://www.sinarharian.com.my/politik/anggaran-20-00-orang-dijangka-hadir-himpunan-rakyat-1-malaysia-1.124434
Sinar-Pas: UMNO cetus kebimbangan Melayu http://www.sinarharian.com.my/politik/anggaran-20-00-orang-dijangka-hadir-himpunan-rakyat-1-malaysia-1.124434
Sinar-Keputusan Majlis Syura muktamad http://www.sinarharian.com.my/nasional/keputusan-majlis-syura-muktamad-1.124545
Sinar-MB Selangor: Beku perbelanjaan modal Syabas http://www.sinarharian.com.my/nasional/mb-selangor-beku-capex-syabas-1.124522
Sinar-Husam Musa: Penemuan minyak di KB, Kelantan akan usaha sendiri http://www.sinarharian.com.my/nasional/husam-kelantan-temui-minyak-di-kb-akan-usaha-sendiri-1.124519
Mk-Gerakan: Ibrahim Ali anarkis kerana seru bakar Bible BM http://www.malaysiakini.com/news/219753
Mk-Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantu http://www.malaysiakini.com/news/219779
Mk-Buku BN kritik Pakatan diberi bersama bantuan RM 100 http://www.malaysiakini.com/news/219772

Thursday 10 January 2013

Jom ! Hijrah 2013.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada malam tahun baru yang lalu, Gamis Melaka (GaMa) telah mengadakan program Jom ! Hirah 2013. Hampir 100 orang sahabat-sahabat sekitar Melaka menyertai program ini. Kami telah menjalankan aktiviti 'street dakwah' dengan mengedar risalah berkaitan azam tahun baru di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka. Bermula selepas solat `Isyak di Masjid Al-Azim sehingga lewat jam 12 tengah malam. 

Berikut ialah perjalanan program Jom ! Hijrah 2013 :



 Kami berkumpul di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Gamis Melaka, saudara Ridhwan. Beliau memberikan panduan dan peringatan kepada sahabat-sahabat agar berhati-hati semasa pengedaran risalah kerana akan berhadapan dengan masyarakat luar. Selain itu, beliau turut merasmikan program Jom ! Hijrah 2013.



Ini antara sahabat-sahabat yang menyertai program. Khusyuk mereka ini dengar ucapan saudara Ridhwan. Barulah bersemangat menjayakan program ^_^



Seterusnya, taklimat keselamatan oleh wakil Majlis Politik Nasional, Gamis Melaka. Beliau menerangkan laluan yang akan dilalui bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Al-maklum, malam tahun baru, sudah pastinya ramai rakyat Melaka yang akan ke Dataran Pahlawan untuk menyaksikan konsert yang diadakan di sana.



Haa, inilah risalah yang kami edarkan. Di dalam risalah tersebut disertakan cara membina azam yang baik, komik berkaitan azam, kata-kata hikmah dan sebagainya. Rugi siapa yang tidak dapat risalah ini.



Selepas sesi taklimat, kami meneruskan perjalanan kami ke Dataran Pahlawan, ada yang menaiki motosikal, ada yang menaiki kereta. Kami berkonvoi ke sana. Hati-hati bawa motosikal itu, jangan merempit ya !




Inilah keadaan jalan raya di hadapan Dataran Pahlawan. Ramainya kereta, eh silap, banyaknya kereta. Hehe. Hal ini menyebabkan ada sahabat yang sampai awal dan sampai lambat. Ada juga yang sedang mencari parking. Oleh itu, sahabat-sahabat yang sampai awal akan memulakan misi terlebih dahulu. One, two, three, action !



Kad ini diberikan kepada semua yang hadir untuk menyaksikan konsert. Saya pun tak terkecuali, walaupun saya tak berniat pun nak tengok konsert. Saya ambil sebab cantik. Dibelakangnya terdapat tentatif program.



Ramainya umat...... Penuh dan sesak padang Dataran Pahlawan ini. Kalau ramai macam ini orang datang masjid hari-hari kan bagus ^_^



Sempat saya minta mereka untuk bergambar. Terima kasih kerana sudi mendengar penerangan kami berkaitan program Jom ! Hijrah 2013. Harapan semoga kita sama-sama dapat membina azam yang baik. Aamiin.


 - MISSION ACCOMPLISHED -


Setelah semua risalah telah habis diedarkan, kami pun kembali berkumpul di hadapan MAIM untuk sesi post mortem.



Wakil dari sahabat muslimin. Terima kasih atas pandangan untuk penambahbaikkan program akan datang. Insya Allah.



Wakil dari sahabat muslimat. Penuh bersemangat ya ! Syukran ya ukhti.



Akhir sekali, majlis penutup yang dikendalikan oleh wakil Majlis Dakwah dan Kebajikan, Gamis Melaka, selaku pengarah program. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menyertai Jom ! Hijrah 2013.



Sebelum beredar, kami adakan sesi bergambar bersama sahabat-sahabat. Comey-comey belako antum sume ni. 




Terima kasih, syukran untuk semua. Ada lagi gambar yang tidak sempat saya sertakan. Maaf ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua. Dakwah tidak akan mampu dilakukan secara berseorangan. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini, Allah terima, redha dan diberi ganjaran pahala. Bersahabat hingga ke syurga-Nya. Aaminn.


Jemput hadir program akan datang ya ! 
Nantikan.




Unit Penerangan, Gamis Melaka (GaMa)