Tuesday 18 March 2014

Sarung Kaki



Alhamdulillah 16 MAC 2014, program Sarung Kaki Project berjaya dilaksanakan anjuran Sinergi Gerakan Mahasiswi Melaka, Gamis Melaka bersama team Sarung Kaki project..

permulaan pagi yang mendung, memberi gambaran bahawa hujan akan turun.. Namun dengan izin Allah,mentari mengeluarkan sinarnya..

pihak SIGMA Melaka mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat dari team sarung kaki project atas kerjasama yang sangat komited, wakil-wakil dari SIGMA Pusat yang sudi turun bersama kami dan bertukar-tukar pandangan, serta semua volunteer yang tinggi semangat juangnya, bagi mencapai objektif program ini iaitu memberi kesedaran kepada semua masyarakat Melaka,khususnya wanita untuk menutup aurat dengan lebih sempurna..

dunia ini memerlukan kita pemuda-pemudi Islam,suara yang akn menggegarkan dan mengubah dunia..
mahasiswi,bangkitlah dari mimpi indah.. dakwah itu peranan kita semua..kembalikan semula semangat juang dalam diri kita.. kembalikan semula semangat serikandi Islam dalam hati kita..



.

No comments:

Post a Comment