Monday 17 November 2014

MENGENALI PEMIKIRAN ISLAM & PRINSIPNYA

MENGENALI PEMIKIRAN ISLAM & PRINSIPNYA

Nota dari kuliah Dr Zaharuddin Muhammad di Fukushima, Jepun pada tahun 2010.

BAHAGIAN 1

1. Islam datang dengan prinsip, bukan model. Segala urusan manusia dari semua aspek diatur Islam pada prinsipnya bukan modelnya. Prinsip ini diambil daripada sumber Islam yg asli iaitu Quran dan Hadis.

2. Kecuali pada perkara ibadah, yg mana Islam mengatur dengan prinsip dan modelnya sekali. Prinsip solat ialah menyembah Allah manakala modelnya berdasarkan hadis ( صل كما رأيتموني اصلي). Bagaimana warak pun kita, solat zohor tetap 4 rakaat dan tidak boleh dipanjangkan lagi.

3. Dalam bab muamalat, dalil2 naqli kesemuanya berkaitan dengan prinsip, bukan model. Contoh model ialah mudharabah. Yakni A bagi duit, B bagi tenaga kerja da  ada perjanjian tertentu yg mengikat pembahagian begitu begini. Islam tidak datang dengan model yang begini begini dan memaksa manusia terikat dengan model ini.

4. Nabi berurusan melalui Wadiah Amanah yakni kita menyimpan barang org lain dengan amanah tanpa meminta bayaran. Kalau hilang kita tidak perlu ganti. Abdullah bin Zubair modify model ini dengan ubah syarat yakni barang yg beliau terima untuk simpan cuma liquidity asset. Dan Abdullah meminta untuk menggunakan barang yg disimpan. Contohnya kuda dan duit yg disimpan akan digunakan untuk menjana pendapatan. Tetapi beliau memberi janji akan mengganti rugi jika berlaku kerosakan. Model sebegini adalah harus kerana tidak dicampuri unsur haram. Kaedah fiqh menyebut bahawa asal sesuatu perkara ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan ( الاصل الأشيأ الإباحة).

5. Prinsip sebegini adalah prinsip Islam yg diperkenalkan Nabi. Adapun model tersebut sudahpun wujud sebelum Nabi. Contohnya akad salam dimana seseorang memesan barang dan membayar duit tanpa mengetahui perincian barang dan transaksi. Islam datang tidak mengubah model ini tetapi memasukkan prinsipnya. Iaitu prinsip tidak ada unsir gharar (ketidakpastian), riba dan barang haram. Prinsip islam mengubah model ini supaya pengguna dan peniaga memperincikan pendetailan pada barang dan transaksi.

6. Inilah yang menjadikan Islam sebagai syariat yang fleksibel dan membolehkan pembaharuan dan penyesuaian pada zaman dan tempat yg berlainan. Contohnya jual beli menggunakan vending machine. Ia tidak mempunyai unsur yg mengharamkan seperti riba, gharar dan bathil maka urusniaga ini adalah harus. Walaupun bertentangan dgn model2 jual beli yg biasa seperti tidak menepati syarat al bai' yakni penjual pembeli mesti orang dan juga syarat wakalah yakni wakil mestilah manusia yg baligh dan beraqal. Walaupun bentuk model urusniaga ini tidak wujud pada zaman Nabi dan ganerasi terdahulu. Ini kerana prinsip Islam ditegakkan dalam urusniaga ini.

7. Orang yg mengatakan haram yang harus mengemukakan dalil.

8. Contoh yang kedua ialah pada aspek siasah syariyyah. Perlantikan khalifah berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Abu Bakar menamakan pengganti mirip Republik. Umaiyah melantik waris mirip monarki. Islam datang dengan prinsip yakni kelayakan, qawiyyul amin, alim ilmu agama dan masalah semasa. Bagaimana mahu mencari pemimpin seperti syarat2 (model) ini adalah terpulang.

9. Firman 5:58 (  إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا  ). Juga melihat hadis dimana Nabi saw mengatakan kepimpinan ini pada soal qawiyyul amin.

10. Uslub dakwah juga datang dengan prinsip, bukan model. Nabi memulakan peringkat dakwah dengan sirriyah, keluarga terdekat, masyarakat dan penegakan negara di Madinah. Ini semua adalah model dan tidak mengikat kita padanya. Jika tidak Umar Abd Aziz yg lahir ketika Daulah Islam sudah pesat terpaksa menyimpan Islam bawah karpet dan memulakan kaedah sirriy. Masing2 perlu sabar dan  berjuang di tempat masing sesuai dengan hadis (لا هجرة بعد الفتح). Prinsip utama Islam dalam uslub dakwah ialah sampaikan walaupun satu ayat.

11. Jihad peperangan al-Qital dalam Islam juga adalah bentuk model daripada model2 dakwah. Jika diperhalusi hukumnya vary pada hukum yang lima.

12. Prinsip2 Islam ini ditentukan oleh syarat pada hukum itu sendiri. Contohnya yang mewajibkan solat ialah syarat wajib solat itu sendiri. Islam datang dengan prinsip yang ditentukan syarat.

13. Kesemua aspek2 kehidupan ini diatur oleh prinsip yg bersumberkan Quran dan Hadis.

14. Kecelaruan pemikiran timbul apabila kita cuba apply model yg tertentu pasa keadaan yg tidak sesuai dengannya. Contohnya menggesa kaedah perang dalam suasana demokrasi yang aman.

15. Kaedah usul menamakan sebagai masalih mursalah.


BAHAGIAN 2

1. Pengamalan Islam bermaksud melaksanakan Islam pada seluruh. Islam adalah sumber kekuatan jika dilaksanakan dan diamalkan. Islam pada ibadah membuahkan peribadi dan sahsiah yg kuat. Pada munakahat melahirkan keluarga dan masyarakat yg kuat. Ekonomi Islam melahirkan ekonomi yg kukuh. Perundangan yg membentuk suasana domestik yg man makmur. Jihad membuahkan negara kuat merdeka dan berdaulat. Politik Islam melahirkan kepimpinan yg amanah dan adil.

2. Ini lah pentingnya kita melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan secara keseluruhan. Diperkuatkan dengan dalil hadis (اسلم تسلم). Saidina Umar berkata (نحن قوم اعزل الله بالاسلام ). Bukti sejarah telah menunjukkan bagaimana kepimpinan dunia berada pada orang Islam kerana mereka berpegang pada Islam.

3.  Orang Islam jika meninggalkan Islam mereka akan lebih mundur daripada orang kafir. Bukti adalah di sekeliling kita. Justeru, untuk mengembalikan kekuatan ini perlu kembali pada Islam pada prinsip yang lahir dari quran dan hadis. Bukan pada falsafah2 dan model2 yang mengikat. Quran dan hadis perlu menjadi penilai bukan akal. Quran dan sunnah memandu akal dan mendahului akal apabila menafsirkan baik dan buruk.

4. Imam Baidawi dalam kitab al Minhaj telah berkata (la nuhiya anhu syaraan faqasah); apa yang dilarang Syariat bermakna ia adalah buruk dan negative, jika tidak dilarang maka ia adalah baik.  Ini adalah aqidah kita yakni apa yang disyariatkan nas adalah baik untuk manusia.

5. Contohnya riba tetap haram biarpun akal menyatakan riba ini ada kebaikannya melalui kajian2 dan sebagainya. Qisas tetap wajib dilaksanakan sungguhpun kajian terhadap negara2 yg melaksanakan qisas menunjukkan kemunduran.

6. Sebenarnya perkara yang digariskan ketat oleh Islam amatlah sedikit berbanding dengan keluasan lain pada perkara yg tidak ditentukan Islam. Contohnya hudud hanya berkisar pada 6 kesalahan.

7. Analogi pertembungan akal dan nas adalah umpama signboard jalan dan getus akal si pemandu kenderaan. Ini adalah asas pertembungan antara pemikiran ASWJ dan juga Muktazilah.

8. Pelan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 2008 menunjukkan keburukan riba.

9. Kesimpulan pada firman Allah an Nisa 65; ( فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا )

10. Inilah yg menjadi batu asas kepada perbincangan bagaimana orang Islam diserang pemikirannya supaya terpesong daripada syariat Islam dan prinsipnya.


11. Kenapa kita mengaitkan hukum dengan aqidah? Apabila Allah mensyariatkan sesuatu hukum, ia wajib dipatuhi dan diimani. Orang yg mempertikaikan syariat secara tidak langsung telah rosak aqidahnya. 

.

Dicatatkan oleh;
Admin Nurul Haq

.

No comments:

Post a Comment