Tuesday 26 February 2013


Ucapan Ustaz Azan Safar sewaktu Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan.


            Sewaktu Himpunan Mahasiswa Islam Zon Selatan, sempat ana catatkan beberapa perkara dalam ucapan Ustaz Azan yang boleh kita jadikan perangsang untuk terus menjadi mahasiswa Islam yang ke depan dan berdaya saing. Ana telah olah sedikit isi ucapan beliau, agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat.

 Beliau berkata, mahasiswa perlu banyak membaca bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Bacaan perlulah bacaan yang dapat menjana idea-idea untuk membantu ummah, bukan bacaan yang sia-sia.

            Manfaatkan masa sebagai mahasiswa. Rancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kerana sewaktu zaman sebagai mahasiswa ialah masa keemasan bagi mencipta sejarah-sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Bila dah bekerja nanti, pastinya kita akan merindui masa belajar.

            Mahasiswa yang intelek dan berpandangan jauh, pastinya mampu melontarkan idea-idea untuk masyarakat. Tapi hingga kini, suara mahasiswa masih belum diiktiraf oleh masyarakat. Mahasiswa haruslah meningkatkan kompetensi diri agar mampu menjadi suara yang didengari.

            Jika kita lihat orang biasa letak keris di pinggang, kini keris perlu ada di akal. Mahasiswa perlu bijak, nak bijak kena belajar, kita perlu try and error. Jangan ambil masa yang lama untuk fikir risiko, jika kita lambat mencuba sesuatu yang baru, kita sendiri yang akan rugi. Mahasiswa perlu lawan rasa takut, bila kita lawan rasa takut, rasa excited akan muncul. Kita akan rasa seronok dengan pencapaian diri sendiri.

            Beliau juga mengingatkan kita dengan kisah dalam Surah Kahfi, iaitu kisah Ashabul Kahfi. Beliau menekankan ciri kepemudaan yang perlu ada dalam setiap diri mahasiswa. Antaranya ialah :
            1. Beriman kepada al-Quran.
            2. Berjuang kerana Allah.
            3. Mahasiswa tidak boleh hanya duduk statik, kena bangun dan bangkit. Ingatan kita pada sirah Mus’ab bin Umair dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang bangkit menentang kebatilan pada usia yang muda.
            4. Mahasiswa perlu mengorak langkah meningkatkan kualiti diri untuk membantu ummah.

Bersama-sama kita mengubah diri dan ummah ke arah yang lebih baik lagi. Insyaa Allah.


Unit Penerangan Gamis Melaka.

No comments:

Post a Comment