Saturday 31 August 2013

Assalamualaikum. Dah terlalu lama admin tak post apa-apa di blog ini. Apa khabar sahabat sahabiah ? Apa khabar iman anda ? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan dirahmati Allah S.W.T. Insha Allah..

Sepanjang Ramadhan dan Syawal banyak perkara yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Isu Mesir yang bagai tiada penghujungnya kerana terlalu ramai nyawa yang terkorban kerana kezaliman pihak tertentu. Mungkin kita tak mampu untuk ke sana berperang atau menjatuhkan pihak yang sepatutnya. Tapi dengan doa yang berterusan untuk mereka, insha Allah semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Allah uji kerana Allah sayang. Begitu berat ujian yang Allah berikan kepada mereka. Pastinya iman mereka berkali ganda hebatnya jika nak dibandingkan dengan kita insan yang lemah ini. Allah...

Di Malaysia pula, walaupun telah 56 tahun kita meraikan kemerdekaan, tapi adakah jiwa-jiwa kita benar-benar merdeka ? Atau hanya sekadar laungan yang tiada rohnya ? Sedangkan gejala sosial masih bermaharaja lela, semakin teruk pula. Allah... Dengan isu buang bayi di universiti tempatan, kes rogol di kolej kediaman mahasiswi, keganasan ibu bapa dengan mendera anak kandung mereka sendiri. Apa dah jadi dengan dunia akhir zaman ? Sadis.

Tidak lama lagi, semester baru akan bermula. Semoga sahabat meletakkan dakwah sebagai salah satu perkara utama yang wajib dilakukan tak kira di mana jua. Walaupun iman kita senipis kulit bawang, tapi mungkin dengan usaha kita yang sedikit itu mampu membuka hati orang lain untuk lebih dekat dengan Islam. Insha Allah.

Salam Kemerdekaan Ke-56. Peace For Egypt. R4BIA.



No comments:

Post a Comment