Thursday 10 January 2013

Jom ! Hijrah 2013.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada malam tahun baru yang lalu, Gamis Melaka (GaMa) telah mengadakan program Jom ! Hirah 2013. Hampir 100 orang sahabat-sahabat sekitar Melaka menyertai program ini. Kami telah menjalankan aktiviti 'street dakwah' dengan mengedar risalah berkaitan azam tahun baru di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka. Bermula selepas solat `Isyak di Masjid Al-Azim sehingga lewat jam 12 tengah malam. 

Berikut ialah perjalanan program Jom ! Hijrah 2013 :



 Kami berkumpul di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Gamis Melaka, saudara Ridhwan. Beliau memberikan panduan dan peringatan kepada sahabat-sahabat agar berhati-hati semasa pengedaran risalah kerana akan berhadapan dengan masyarakat luar. Selain itu, beliau turut merasmikan program Jom ! Hijrah 2013.



Ini antara sahabat-sahabat yang menyertai program. Khusyuk mereka ini dengar ucapan saudara Ridhwan. Barulah bersemangat menjayakan program ^_^



Seterusnya, taklimat keselamatan oleh wakil Majlis Politik Nasional, Gamis Melaka. Beliau menerangkan laluan yang akan dilalui bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Al-maklum, malam tahun baru, sudah pastinya ramai rakyat Melaka yang akan ke Dataran Pahlawan untuk menyaksikan konsert yang diadakan di sana.



Haa, inilah risalah yang kami edarkan. Di dalam risalah tersebut disertakan cara membina azam yang baik, komik berkaitan azam, kata-kata hikmah dan sebagainya. Rugi siapa yang tidak dapat risalah ini.



Selepas sesi taklimat, kami meneruskan perjalanan kami ke Dataran Pahlawan, ada yang menaiki motosikal, ada yang menaiki kereta. Kami berkonvoi ke sana. Hati-hati bawa motosikal itu, jangan merempit ya !




Inilah keadaan jalan raya di hadapan Dataran Pahlawan. Ramainya kereta, eh silap, banyaknya kereta. Hehe. Hal ini menyebabkan ada sahabat yang sampai awal dan sampai lambat. Ada juga yang sedang mencari parking. Oleh itu, sahabat-sahabat yang sampai awal akan memulakan misi terlebih dahulu. One, two, three, action !



Kad ini diberikan kepada semua yang hadir untuk menyaksikan konsert. Saya pun tak terkecuali, walaupun saya tak berniat pun nak tengok konsert. Saya ambil sebab cantik. Dibelakangnya terdapat tentatif program.



Ramainya umat...... Penuh dan sesak padang Dataran Pahlawan ini. Kalau ramai macam ini orang datang masjid hari-hari kan bagus ^_^



Sempat saya minta mereka untuk bergambar. Terima kasih kerana sudi mendengar penerangan kami berkaitan program Jom ! Hijrah 2013. Harapan semoga kita sama-sama dapat membina azam yang baik. Aamiin.


 - MISSION ACCOMPLISHED -


Setelah semua risalah telah habis diedarkan, kami pun kembali berkumpul di hadapan MAIM untuk sesi post mortem.



Wakil dari sahabat muslimin. Terima kasih atas pandangan untuk penambahbaikkan program akan datang. Insya Allah.



Wakil dari sahabat muslimat. Penuh bersemangat ya ! Syukran ya ukhti.



Akhir sekali, majlis penutup yang dikendalikan oleh wakil Majlis Dakwah dan Kebajikan, Gamis Melaka, selaku pengarah program. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menyertai Jom ! Hijrah 2013.



Sebelum beredar, kami adakan sesi bergambar bersama sahabat-sahabat. Comey-comey belako antum sume ni. 




Terima kasih, syukran untuk semua. Ada lagi gambar yang tidak sempat saya sertakan. Maaf ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua. Dakwah tidak akan mampu dilakukan secara berseorangan. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini, Allah terima, redha dan diberi ganjaran pahala. Bersahabat hingga ke syurga-Nya. Aaminn.


Jemput hadir program akan datang ya ! 
Nantikan.




Unit Penerangan, Gamis Melaka (GaMa)


No comments:

Post a Comment