Pernah satu ketika dahulu di dalam kelas Psychiatry kami
dihadamkan dengan salah satu symptom yg cukup menarik dalam bidang Psychiatry,
yakni over-religiosity. Bidang Psychiatry ini antara cabang perubatan yang
kurang mendapat tempat di Malaysia, tetapi Alhamdulillah kini makin berkembang.
Dipelopori banyak oleh doctor-doktor dari Barat terutamanya Jerman yang banyak
berfahaman atheism, mereka cenderung melabelkan symptom over-religiosity pada
pesakit-pesakit mereka yang sedikit “kurang siuman” kemudian “bercakap hal
agama”.
Adalah satu perkara yang sukar bagi seorang doctor meskipun
dia seorang atheist, untuk membezakan cerita-cerita pesakit itu adalah
pengalaman-pengalaman dan perasaan-perasaan spiritual, atau hanya lah kesan
psychopathology yang tersirat dalam kepalanya? Adakah sembang-sembang keagamaan
nya adalah menandakan dia benar-benar mengalami perasaan-perasaan spiritual,
atau dia sebenarnya gila?
Saya beri contoh pesakit-pesakit yang saya jumpa semasa di
luar Negara, yang kebanyakannnya Hindu. Mereka mula bercerita bagaimana dewa
itu dan dewi ini telah mengurniakan kesaktian kepada mereka sehingga mereka
begitu percaya yang mereka boleh mengubati orang dan membeuat sesuatu dengan
kuasa ajaib mereka. Ada yang mengerat rambut kononnya membuat “offering” kepada
dewa dewi tertentu atas sebab mahu sembuh dan sebagainya. Pernah juga saya
berjumpa pesakit Muslim yang mula berteriak-teriak “Allahuakbar” tidak memasal
dan bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Ada juga pesakit Muslim yang
kami jumpa, bercakap dia dikhianati kerana dimasukkan ke Wad orang gila
tersebut kemudian menjerit-jerit marah entah apa tetapi kemudiannya berlagak
alim membaca tahiyyat akhir entah tiba-tiba!
Ya, memang melucukan. Juga memeningkan. Juga timbul rasa
simpati. Tetapi itulah dia, kuatbagaimana kita harus membezakannya? Kita orang
Islam bertuah. Agama kita tersusun dan kemas. Sesuatu ritual atau ibadah itu
tidak dibuat sewenang-wenangnya melainkan dengan dalil dan sanad yang jelas. Sesuatu
kebatilan dalam menonjolkan agama itu mudah dipatahkan dengan hujah aqliah dan
dalil. Mana mungkin tanpa ada sebab tiba-tiba baca tahiyyat akhir. Kuat-kuat
pula tu!
Hal yang sama tidak berlaku pada agama lain! Ritual-ritual
mereka tidak mempunyai sandaran yang jelas tentang mengapa mereka berbuat
demikian. Atau, mungkin juga saya yang terlalu jahil untuk tidak mengkaji
fahaman mereka.
Tetapi dalam hal ini, saya masih keliru. Takkan lah orang
gila tak boleh cakap hal agama langsung? Takkanlah orang gila, tidak boleh
mempunyai perasaan2 spiritual? Takkanlah orang gila, tidak boleh menonjolkan
ritual-ritual agama tanpa dilabelkan sebagai over-religiosity? Orang gila pun
nak sembahyang jugak!
Perkara ini saya ajukan kepada guru saya. Seorang doctor perempuan
dari India. Agamanya saya tidak pasti. Tetapi jawapan dia benar-benar membuat
saya tertarik. Kata dia;
“orang yang religious (warak), sudah tentu tidak akan
melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dan norma-norma
yang disepakati masyarakat. Saya mempunyai seorang pesakit mania dahulu. Muslim.
Dia sangat baik apa bila berjumpa dengan saya. Tiap-tiap pagi dia akan
bersembahyang awal pagi (subuh) di masjid dan membantu mengedarkan Quran pada
pelajar-pelajar madrasah sana. Dia pergi membersihkan masjid dan menolong
budak-budak madrasah disana. Itu baguslah. Tetapi apabila dia pulang ke rumah,dia
akan bergadh dengan ibu bapanya. Memaki hamun tidak tentu pasal dan mula
bercakap yang bukan-bukan. Dirinya mula tidak terurus sehingga ibu bapanya yang
terpaksa menguruskan makan minum pakainya kerana dia langsung tidak kisahkan
hal tersebut! Seorang yang religious (warak). Sudah tentu tidak akan buat macam
tu. Itulah over-religiosity!”
Sekarang, saya pohon tuan-tuan pembaca sekalian mungkin
boleh kaitkan gambar dia atas, dengan apa yang kita lihat pada hari ini.
Kita orang Islam sangat bertuah. Kita punya sumber yang
cukup ampuh. Dalil-dalil disertakan dengan sanad dan huraian yang cukup kemas
oleh para ulamak terdahulu. Segalanya sistematik. Kalau timbul permasalahan
baru, aka nada ijtihad-ijtihad baru yang akan mengekalkan relevannnya Islam di
sepanjang zaman dan tempat.
Akan tetapi, hari ini kita lihat, orang ramai mengambil
agama itu separuh-separuh. Tidak syumul seperti yang dibawa oleh Muhammad saw itu sendiri!
Ramai yang mengaku daie mengajak kepada Islam,
tetapi buruk akhlaknya. Menyumpah seranah, memaki hamun, dan membuka aib audara
mereka sendiri. Ada yang kononnya kasihkan Nabi dengan berqasidah berkompang
bagai, tapi pejam mata dengan kezaliman dan kemungkaran di depannya. Ada pula
yang bengkak-bengkak lutut bersembahyang, sedangkan jirannya sendiri tidak
kenal kiblat arah mana. Ada yang 10 kali naik haji, tetapi orang kampungnya
sendiri ada yang mengikat perut dek sesak menampung keluarga.
Kita ummat Islam perlu muhasabah. Kalau keadaan ini
berterusan, boleh jadi kita tidak ada beza dengan pesakit-pesakit mental yang
dilabel over-religious itu. Setidaknya mereka itu ada penyakit dalam otaknya,
sedangkan kita waras!
P/s: Mohon maaf kerana terlalu lama menyepi. insyaAllah akan
lebih istiqamah menulis.
Admin Ragnar.
Unit Penerangan GAMIS Melaka 2013/2014
.
No comments:
Post a Comment