1 MEI SEJARAH HARI
PEKERJA SEDUNIA DIHARGAI
Hari Pekerja atau Hari Buruh merupakan
salah satu cuti tahunan yang jatuhnya pada
pada 1 MEI setiap tahun. Hari ini disebut
juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia
merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi sesebuah negara. Seluruh dunia meraikan hari pekerja
demi memperingati jasa mereke yang telah banyak berjasa dalam perkembangan
ekonomi Negara.
Tahukah
sahabat-sahabat sekalian,ia merupakan perjuangan buruh dari serata dunia. Suatu
ketika dahulu , hari pekerja ini bermula perjuangan buruh dalam usaha untuk
bekerja sehari hanya 8 jam sahaja berbanding dahulu mereke bekerja selama 15
jam.
Persidangan antarabangsa
pertama telah diadakan di Gavena dalam mengemukakan slogan bekerja 8 jam
sehari. Ini menyebabkan satu mogokkan besar-besaran yang diadakan pada 1 MEI
1886 di Chicago,Amerika Syarikat. Dengan perjuangan mereke ini,hasilnya hingga
ke hari ini,kebanyakkan buruh bekerja dalam lingkungan 8 jam dalam sehari.Peristiwa
ini berulang semula ,pada JULAI1889 di Paris,dan mengambil keputusan 1Mei
merupakan hari pekerja sedunia.
GAMIS MELAKA bersama
perwakilan mahasiswa kampus sekitar Melaka bersama turun bersama-sama
masyarakat sebagai tanda penghargaan. Kami telah menjalan aktiviti mengedarkan
button bedge,sticker,kad dan cenderahati di beberapa lokasi seperti Melaka
Central,Mahkota Parade, dataran Pahlawan dan Hospital Melaka.
Alhamdulillah,
kehadiran kami disambut baik oleh golongan pekerja seperti pemandu bas dan
teksi, doktor, pekerja kedai, dan masyarakat yang berada berdekatan lokasi. Ada
diantara mereke, mengambil kesempatan beramah mesra bersama kami salaku wakil
mahasiswa menghargai jasa mereke. Apa yang mereke kerjakan adalah demi
kebaikan kita semua. Sebagai contoh, seandainya semua pemandu bas dan teksi
bercuti pada hari tersebut, tidak dapatlah masyarakat yang menggunakan
kenderaan awam untuk bercuti. Mereke berkhidmat demi kesenangan orang lain. Oleh
sebab itu,GAMIS MELAKA mengambil keputusan, hari pekerja ini harus diberi
penghargaan yang tinggi.
Sahabat-sahabat
yang sukarela bersama membantu kami menyatakan suatu keseronokkan bila berada
di medan lapangan yang sebenar. Ini memberi peluang untuk mereke mempraktikkan “softskill”
yang selama ini dipelajari secara langsung dan tidak langsung. Ada diantara
mereka menyatakan, bila bertemu dengan masyarakat, sesetengah daripadanya melarikan diri. Kemungkinan
besar masyarakat sudah terkena dengan tipu helah sesetengah penjaja jalanan
yang tidak bertanggungjawab. Tetapi di atas keberanian dan kebijaksanaan sahabat-sahabat
yang bersama kami, mereke cuba meyakinkan bahawa kehadiran kami hanyalah untuk
menghargai masyarakat sempena hari pekerja dan memberi cenderahati secara
percuma.
Sahabat-sahabat
yang diluar sana, anda juga dijemput bersama-sama kami dalam menggerakkan GAMIS
MELAKA dan boleh melawati “page facebook “ kami bagi mengikuti perkembangan
semasa program GAMIS MELAKA, kehadiran sahabat-sahabat sekelian bersama-sama
kami ,amatlah di alu-alukan.
wah...abang rahman kat sini rupanya,patut la lama x jumpa dlm badar,from secret admire to abg ydp yg disayangi.maaf terpaksa letak anonymous,hint:sya yang pnjm motor abg masa kat masjid dlu.
ReplyDelete