GHAZWATUL FIKR: SEJARAH & KITA
Catatan nota kuliah yg disampaikan Dr Zaharuddin Muhammad di Fukushima, Jepun pada tahun 2010.
1. Sejarah merupakan petunjuk penting dalam membuat keputusan walaupun tidak boleh dijadikan dalil syarie.
2. Ghazwatul fikr ( غزوة الفكر) bermaksud peperangan yang menggunakan wasilah2 berbentuk bukan ketenteraan yg digunakan oleh musuh2 Islam. Serangan ini masuk keadalam aspek2 kehidupan manusia yg diatur Islam. Kebiasaannya masuk setelah habisnya ghazwah hakiki.
3. Hadis simpulan2 Islam akan hilang satu demi satu. ala inna latanquda islam urwatun bi urwartun. Perkara ini dibuat secara terancang dan perlahan2 sehingga umat Islam tidak lagi berpegang dengan Islam dan meyakini Islam.
4. Ghazwtul fikr bertujuan menghapuskan cara hidup Islam daripada masyarakat.
5. Zaman Nabi2 terdahulu dalam kisah Thalut dan Jalut dan Nabi Shamun. Golongan al-Mala' tidak mahu menerima Thalut si anak petani sebagai raja yg dilantik Allah melalui lisan Nabi Shamun. Lalu mereka menggunakan ghazwatul fikr dengan mendakwa mereka mematuhi arahan Allah tetapi lantikan Thalut ini pada mereka hanyalah pendapat peribadi Nabi Shamun. Ini satu bentuk character assasination dan cara halus menolak perintah Allah dengan membunuh karektor si pembawa.
6. Di zaman Nabi Muhammad saw pula, ahli kitab bertanya soalan2 untuk memalukan Nabi dan dengan harapan Nabi tidak tahu dan tidak boleh jawab. Jadi mereka akan mempersendakan Nabi dan mempersoalkan kenabian Muhammad saw. Soalan mengenai ashabul kahfi.
7. Inilah bentuk serangan pemikiran dizaman awal. Musyrikin Makkah membawa bangkai2 haiwan dan mempersenda Nabi Muhammad saw dgn menyuruh baginda memanggil Tuhannya supaya menghidupkan bangkai2 tersebut.
8. Israk dan mikraj juga salah satu contoh yg menguji iman dan pemikiran. Di sinilah Abu Bakar ra divelar as Siddiq yang bermaksud membenarkan.
9. Asas pemikiran Abu Bakar ialah akidah dan tauhid. Asas pemikiran musyrikin Mekah ialah logik dan pengalaman.
10. Serangan ini boleh dipatahkan dengan adanya asas tauhid dan akidah yg kukuh.
11. Di zaman sahabat pula, wujud golongan yg tidak mahu zakat walaupun mengaku Islam kerana menganggap zakat ini hanya pada zaman Nabi saw hidup. Juga ialah golongan Sabaiyyah di Khurasan pada zaman Uthmaniah.
12. Di zaman tabiin pulak berkembangnya kumpulan khawarij, qadariyyah dan muktazilah.
13. Pada zaman Imam Abu Hanifah, telah pesat golongan ahli falsafah Kristian yg rancak berdebat di Syam. Mereka mengisbatkan Isa as sebagai anak Tuhan melalui firman an Nisa 171 ( كلمته القاها الی مريم وروح منه). Orang Islam itu akidahnya Quran itu adalah kalamullah bukan makhluk. Maka Isa juga ialah kalamullah dan bukan makhluk. Maka ia adalah anak Tuhan. Pada asalnya pemikiran sebegini tidak mendapat sambutan umat Islam dan hanya berlegar sekitar mereka sahaja sehinggalah muncul golongan Muktazilah.
14. Golongan muktazilah punya cara fikir yg berbeza dengan ASWJ. Mereka guna akal dulu baru lihat Quran dan Hadis. Jika tidak bertepatan mereka akan mentakwilkan nas mengikut selera mereka. Muktazilah bangkit menentang ahli falsafah itu dengan mengatakan Quran ialah makhluk.
15. Golongan Muktazilah kononnya dengan niat ingin membela Islam bangkit mempertahankan dengan mengatakan Quran itu makhluk melakui tafsiran akal mereka. Mereka tidak mengikut metadologi ilmu tafair yg betul dan tidak mengkaji kitab2 tafsir terdahulu yg telah pun menjawab persoalan ini.
16. Selepas 100 tahun fahaman Falasafah Kristian ini hilang tapi diganti dengan fahaman Muktazilah yg sama sesat yg mengaku Quran itu makhluk bukan kalamullah. Muktazilah dipegang khalifah Makmun awal 200H terkemudian dan memaksa fahaman ini diterima umat dan ulamak2 ASWJ termasuklah Imam Ahmad bin Hanbal ditangkap dan diseksa. Ini adalah kesan serangan pemikiran yg berlaku 100 tahun sebelumnya.
17. Masyarakat terdahulu memahami quran dan hadis maka tiada masalah. Tapi bila muktazilah mula mengenepikan nas dan menggunakan akal maka ia menjadi bencana pada umat Islam.
18. Seterusnya ialah ajaran Wahdatul Wujud pada zaman keislaman pemimpin Monggul untuk menyesuaikan diri dalam pegangan pemerintah yg meraikan agama semuanya sama rata. Orang Islam solat menghadap berhala dengan beri'tiqad bahawa Allah berada dimana2 sekaligus meraikan masyarakat beragama lain. Perkara ini lantang ditentang oleh Imam Ibn Taimiyah.
19. Perkara ini bertepatan dengan hadis Nabi saw yg meramalkan zaman dakhnun di antara dua zaman kegemilangan Islam yakni Abbasiah dan Uthmaniah.
20. Setelah lemahnya Uthmaniah muncul pula fahaman assabiah Arab-Turki. Berlaku revolusi
21. Jatuh khilafah menimbulkan fahaman tasawuf yg sesat tampar pipi kanan beri pipi kiri yg kononnya menonjolkan rahmat dan kasih sayang ajaran Islam.
22. Ada juga yg melarang umat Islam bekerja keras dengan alasan itu semua mengejar dunia.
23. Fahaman muktazilah telah mati ditelan zaman tetapi rohnya muncul sebagai muktazilah moden yakni metodologi pemikiran mengukur baik buruk melalui akal ( التحسين والتقبيح العقليان). Hukum feqah juga dicanai dan dilihat menggunakan akal.
24. Aliran pemikiran Muktazilah; (1) Kaji baik buruk sesuatu perkaca melalui akal. (2) Jika baik maka diteruskan jika buruk ia dihentikan. Ini adalah maqasid aqaliah bukan maqasid syariah.
25. Aliran pemikiran ASWJ ialah pada (1) melihat pendapat Quran dan Hadis pada peekara tersebut, (2) Jika wajib maka ia maslahah, jika haram ia mafsadah. (3) Jika tiada dalam nas maka akal akan digunakan untuk menimbang baik buruk.
26. Zaman dakhnun yang mengelirukan ini boleh digambarkan dalam hadis nabi;
Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata:
كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ
“Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan aku terkena keburukan itu. Maka aku bertanya, “Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya.” Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?” Beliau menjawab, “Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut.” Saya bertanya, “Apa yang anda maksud dengan kabut itu?” Beliau menjawab, “Adanya sebuah kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.” Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?” Nabi menjawab, “Ya, yaitu adanya dai-dai yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!” Nabi menjawab, “Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita.” Saya bertanya, “Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!” Aku bertanya, “Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?” Nabi menjawab, “Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian merenggutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu.”
(HR. Al-Bukhari no. 7084 dan Muslim no. 1847)
Dicatat oleh;
Admin Nurul Haq
.
No comments:
Post a Comment