Tuesday, 14 January 2014

Muhammad


Salam Maulidur Rasul

1. Maulid rasul datang lagi. Turut serta dengan ceramah-ceramah berkonsepkan maulid. Mengambil iktibar dan ibrah dari yg tersurat dan tersirat dalam lipatan sejarah yg lampau. Tidak kurang juga yg bernasyid dan berqasidah menzahirkan rindu dan cinta. Ada juga yg tegas tidak mahu menyambut. Masing2 dengan pegangan masing2. Yg penting kitabullah dan sunnah baginda itu yg kita hidupkan sedaya supaya kita di segenap lapisan masyarakat.

2. Dalam lipatan sejarah Junjungan saw, saya paling tertarik sekali dgn kisah hijrah. Ya, kisah bagaimana kumpulan2 manusia yg percaya kepada seorang lelaki kaumnya yg bernama Muhammad, yg dia telah menerima wahyu dari Tuhan, melantiknya menjadi Nabi, kemudian memberi arahan kepada dia dan pengikut2 nya utk meninggalkan kampung halaman mereka, untuk ke satu tempat yg jauhnya 300km.

3. Ya, mereka mengikuti arahan lelaki tersebut! Meninggalkan rumah, kampung, keluarga, harta kepunyaan merentasi padang pasir berhari lamanya, menuju ke satu tempat baru dan membina hidup baru di sana. Makan minum tempat tinggal di Madinah tu belakang cerita!

4. Tidak ada insentif yg munasabah langsung untuk mereka berbuat begini. Duit? Harta? Pangkat? Wanita? Bukan itu insentifnya! Apa yg mereka dambakan hanyalah kebebasan mengamalkan apa yg mereka percaya. Yang mereka mahukan cumalah pahala dan keredhaan dari Tuhan yg diceritakan wujud oleh lelaki bernama Muhammad tadi. Ya, lelaki yg mengaku Utusan Tuhan tadi

5. Mereka pergi membawa keperluan yg secukupnya sahaja. Yang ada pada diri mereka hanyalah diri mereka, tungganfan mereka, dan sedikit barang keperluan, serta satu harapan. Harapan ingin melihat bagaimana benarnya janji lelaki bernama Muhammad tadi.

6. Senang untuk para penceramah bercerita kisah pengorbanan dan air mata mereka. Senang tokoh2 motivasi memberi kisah tentang panas terik matahari pada perjalanan mereka. Tapi sukar untuk kita memahami dan menghayatinya, selagi kita tidak menghidupkan diri kita dengan pengorbanan. Selagi YAKIN dan PERCAYA itu tidak ada selagi itulah kisah2 itu hanyalah satu catatan biasa. Mati dan tidak hidup.

7. Cakap cukup senang. Tapi menghidupkannya sangat susah. Kalaulah rasul akhir zaman itu lahirnya di kalangan kita, mengajak kita untuk berbuat demikian, agak2 adakah kita org yg sanggup turut serta dalam hijrah ini?  Tinggal rumah? Kerjaya? Harta? Keluarga?

8. Semata-mata kerana apa???

9. Hanya YAKIN & PERCAYA sahaja yg mampu menjawab persoalan ini. Keyakinan dan kepercayaan yg lahir dari sekeping hati yg mengejar kebenaran yg satu.

10. Saya fikir retorik2 dan fakta2 berkaitan peristiwa ini telah byk di luar sana. Tidak perlu lah saya mengulanginya. Cuma apa yg saya pinta pada kalian ialah memejamkan mata, mengosongkan fikiran, tarik hembus nafas dalam2 sambil bertanya kepada diri kalian,

Adakah aku, jikalau berada di zaman dan tempat itu, akan menyahut seruan hijrah lelaki bernama Muhammad Utusan Allah itu?

11. Salam Maulidur Rasul. Jangan menghina Nabi dgn hanya menjadikan cinta kita pada baginda hanya berlegar di qasidah2 dan bait2 pujian. Sebaliknya hidupkan lah sunnahnya dan kitabullah di dalam diri kita keluarga kita masyarakat kita dan negara kita. Semoga Allah membimbing kita.




Admin Ragnar,
Unit Penerangan GAMIS Melaka 2013/2014.

.



No comments:

Post a Comment