Monday 9 April 2012

Debat Rakyat Melaka : Salah Siapa?




GPMS Melaka Cuba Menyalahkan Seorang Pelajar UTeM atas Fitnah yang Juga Dialami Oleh GAMA?

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Melaka telah bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di atas tindakan menyebarkan poster Debat Perdana – Pembangunan atau Pemborosan di laman interaktif Facebook. Pelajar tersebut, Nur Syawana binti Murad juga secara tidak bertanggungjawab telah disifatkan oleh GPMS Melaka sebagai ejen kepada parti pembangkang. Debat Perdana – Pembangunan atau Pemborosan ini ialah debat yang sepatutnya menemukan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haj Adly Zahari yang bakal diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka pada 15 April 2012 ini.

Saya mewakili pihak pimpinan Gamis Melaka (GAMA) ingin menyatakan pendirian kami bahawa kami juga tidak terlibat sedikit pun di dalam penganjuran Debat Perdana ini walaupun seperti yang telah dinyatakan di dalam poster tersebut, debat ini adalah di bawah anjuran bersama GAMIS Melaka (GAMA) dan GPMS Melaka. GAMA, sepertimana GPMS Melaka juga telah difitnah oleh individu-individu yang mungkin bertujuan untuk mencari publisiti percuma dengan menumpang nama GAMA dan GPMS ataupun lebih teruk lagi ingin mengeruhkan hubungan di antara kedua-dua belah pihak.

Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menegaskan kepada masyarakat bahawa sepertimana GPMS Melaka, GAMA juga adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bersifat non-partisan. Kami mengambil posisi neutral dan tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana parti politik. Salah satu peranan utama kami ialah mengenengahkan sebarang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Negara. Sebagai pimpinan GAMA, kami langsung tidak tahu menahu dengan isu anjuran bersama ini walaupun sebuah poster yang menyatakan demikian telah dibuat dan dimuatnaik oleh individu yang menggunakan nama Tuna Aya di laman interaktif Facebook.

Persoalan saya di sini, apakah perlu seorang yang masih bergelar pelajar disalahkan apabila beliau hanya berkongsi informasi di laman Facebook beliau? Bukankah berkongsi maklumat itu adalah salah satu kegunaan Facebook? Penuntut universiti yang terpelajar dan cakna dengan isu-isu negara sudah semestinya teruja dengan penganjuran debat yang ilmiah dan meraikan tahap intelektualisme mereka, dan sudah tentu juga mereka mahu menyebarkan maklumat yang sama kepada orang lain. Mengapa apabila ia berkaitan dengan isu politik, tambahan pula jika isu itu kononnya memihak kepada parti pembangkang, pelajar universiti terus dikecam sebegini hebat?

Saya mengkritik penerimaan sempit GPMS Melaka terhadap isu ini. Seharusnya isu ini dihadapi dengan realistik dan matang. GPMS Melaka boleh membuat laporan polis terhadap fitnah ketidakterlibatan mereka dalam Debat Perdana terhadap individu yang membuat dan memuatnaik poster ini.  Tindakan reaktif menyalahkan seorang pelajar yang hanya bertindak berkongsi (Share) poster tersebut adalah tidak perlu kerana sepatutnya siasatan untuk mencari pemilik asal poster tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu. Bahkan poster itu juga telah disebarkan oleh ramai individu lain.


Pihak GAMA yang juga telah difitnah bersama GPMS Melaka akan secepat mungkin menyelesaikan isu ini. Harapan kami adalah agar individu yang tidak bersalah tidak mendapat impak yang sebegitu teruk di atas perlakuan khianat orang lain. InsyaAllah masalah ini akan cuba diselesaikan dengan baik. Sebagai orang yang terpelajar, marilah kita sama-sama menggunakan akal yang telah dikurniakan dengan sebaiknya. Saya melampirkan juga pautan ke laman yang menyatakan ketidakterlibatan GPMS Melaka di dalam isu ini. Pihak GAMA akan segera bertindak untuk menyelesaikan isu ini. Wallahua’lam.


37 comments:

  1. Budak2 GPMS ni memang tak matang berol la aku nengok. Macam aku tak tahu, korang2 jugak yg mainkan isu ni. Korang buat banner tu, korang nak sorok tangan.

    Huh, blah la wei. nak cari publisiti murahan ke beb? pigidah bahlol GPMS.

    ReplyDelete
  2. Diorang dah takder isu gamaknye.

    ReplyDelete
  3. GPMS Melaka ni nak cari publisiti je..nak naikkan nama diorg..bnde kecik die perbesarkan..padahal berlambak je org post kt fb n tag najib or ali rustam tp tkde depa kecoh pun..(ganaz betul muka abg2 GPMS ni..)

    ReplyDelete
  4. Mana-mana pihak yang terlibat, semuanya sempit. Yang menuduh mahupun yang dituduh. Agak-agak r nak share ke, nak fitnah ke.. Pastikan sumber tu dari sumber yang betul.. Tengok banner pun dah tahu bukan yang rasmi punya, nampak kot budak-budak cikai yang buat. Tu pun nak percaya.. Yang gama pun satu, nama je Islamik, tapi praktikal pasal tajassus tak de ~ LOL

    ReplyDelete
  5. Isu yang besar dan berapi... Boleh saya katakan kesemua mereka/badan yang tertulis di dalam banner tidak tahu menahu mengenai isu ini... Namun dalam banyak2 (Adly Zahari, Datuk Ali, GABEM, GAMIS MELAKA, GPMS) hanya SATU pertubuhan yang TERLALU TERKESAN dengan banner ini.. Orang-orang besar parti pun tidak ambil port untuk bertelagah sedangkan NAMA MEREKA adalah NAMA UTAMA dalam perdebatan ni..RILEKS jer.. Tahniah Datuk Ali dan Adly Zahari... Sebagai pemerhati politik bebas, sy amat GELI HATI melihat tindakan2 kebudak2kan yang diambil oleh sesetengah pihak.. Tambah2 lagi bila mengaitkan orang yang tah sapa2 untuk didakwa.. WAHAI RAKYAT MELAKA.. MARI BERSAMA MAJUKAN MELAKA, yang kurang kita topup, yang salah kita tegur sebaiknya, yang baik jadikan teladan, yang xbaik jadikan sempadan...

    ~Tertanya-tanya siapakah gerangan yang membuat banner ni.. CUBA try tengok, laksanakan program ni seperti yang anda tulis.. ANDA MEMANG HEBAT la kalau BERJAYA..

    ReplyDelete
  6. Anak Jati Melak11 April 2012 at 13:38

    Rasanya, ade pihak yang cuba memecahbelahkan GPMS dan GAMA. Rasenya,laporan yang dibuat untuk mencari "SIAPA DALANG" sebenarnya. Bukan untuk menyalahkan pelajar tersebut. Pelajar tersebut hanya perlu membantu siasatan pihak polis.
    Tidak mengapa, kita serahkan benda ini kepada pihak yang berkuasa.
    Semoga perkara ini tidak memecahbelahkan agama dan bagsa kita.
    Insyaallah

    ReplyDelete
  7. Rupanya ada gamis melaka?
    apa function gamis melaka ni?
    kalau tengok gamis pusat adalah.
    gamis melaka? aduh, bubar je la. xde function pun.

    ReplyDelete
  8. cam haram org2 umno ni.
    penakut tahap gaban.

    "Rupanya ada gamis melaka?
    apa function gamis melaka ni?
    kalau tengok gamis pusat adalah.
    gamis melaka? aduh, bubar je la. xde function pun."

    ko ni kepala hotak umeno jugak ni...xtau cerita pg blah.

    ReplyDelete
  9. ape daa... saling nak menyalahkan,korang pglah jumpe dulu, buat musyawarah lepastu barulah keluar kenyataan. tak matang betul NGO sekarang, masing2 ingat dieorg jaguh. kata masing2 pemimpin, biar pemimpin jumpe pemimpin, tanya sebab kenapa, apa punca. nie main serang je. DUA2 sama!

    ReplyDelete
  10. Gamis=pengemis? gamis xde function langsung dalam masyarakat. puak2 bodoh lowest intellectual. agak2 la nk buat publisiti.. korang buat banner, xde buat laporan polis... nampak sangat penipu laknat.

    ReplyDelete
  11. org hamPAS ni pun satu.. halalkan semua benda.. tapi ok gak.. klu aq undi hamPAS, aku masuk syurga.. "statemen paling bangang pernah dikeluarkan oleh Tuan Guru? dan2 jer Tuan Guru... pegidaa..

    ReplyDelete
  12. GAMIS nie dulu amat terkenal dgn ideologi PAS, yeke non partisan yg dilaungkan? GPMS plak aku tengok mcm pro umno, tp ade gak even2 yg bersama PAS. MUKTAMAR PAS pun ade wakil GPMS yg dijemput. GAMIS nie aku tk nampak lg peranan non partisan. tk taulah ini pandangan aku sebagai seorg mahasiswa yg baru masuk universiti. GAMIS aku baru tau bila sejak akhir2 nie ramai teman2 di universiti sebut, GPMS pulak aku dah lama tahu sbb aku penah join jd peserta program GPMS skor A utk UPSR kat perak dulu.memang banyak gak GPMS nie bantu anak2 melayu, so itu saja komen aku, harap maklum. PLZ jgn gaduh2 lah, malu je, dahlah nama mahasiswa busuk sbb politik.

    ReplyDelete
  13. GAMIS? mcm baun pengemis pun ada .. Statemnet ko po mjatuhkn ko sbg terpelajar. baru org report mengelabah, budk tu x salah apa nak takut. Kalau tpelajar, x perlu share benda2 kartun tu. BONGOK !!

    komen pertama GAMIS mcm kartun ..

    ReplyDelete
  14. BODOH ! PI LAH REPORT ORG PAKAI NAMA KO.

    GAMIS = ALAT PAS !! PAS MELAKA MENGKUDAKAN GAMIS>

    ReplyDelete
  15. GAMIS DIKUDAKAN? AKU X CAYA LAH .

    CUBA GAMIS BUAT AKTIVITI SOKONG KERAJAN KITA TGK .
    GAMIS X BALING BATU SEMBUNYI TANGAN LAH. KITA YANG NAIKKAN BANNER TU .

    ReplyDelete
  16. Kami pelajar UTeM diketuai Azrin menyokong kepimpinan Gamis dan PAS Melaka

    Apa masalah korang?

    ReplyDelete
  17. GPMS dan GAMIS diperdohkan. Gamis tak mahu bertanggungjawab tapi kata biar pihak dia siasat? siapa yang siasat? kalau tak lapor polis .

    ReplyDelete
  18. Kami? ko ingat semua pelajar UTeM tu sokong ko? buat survey la.. Kami your head! lol..

    ReplyDelete
  19. kami pelajar UTeM yg bernanung dan berpanjikan ISLAM tidak menyokong Gamis dan PAS melaka,

    apa masalah korang?

    ReplyDelete
  20. GAMIS Diakui cenderung / Penyokong rasmi PAS .. Apa maslah korang?
    Sila lihat artikel ini ;

    PRU13: Gamis seru siswa, anak muda bersedia

    Harakahdaily,

    02 Dis 2011

    KUALA LUMPUR, 2 Dis: Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat.

    “Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara," kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.

    Menurutnya, mengambil intipati sejarah agung Islam, penghijrahan Nabi s.a.w., mahasiswa seharusnya bersedia untuk meletakkan diri sebagai benteng mempertahankan keadilan sejagat.

    Katanya, dalam penilaian ucapan dasar Presiden Umno yang mengetuai tampuk kepimpinan negara hari ini, menampakkan bahawa seolah-olah pilihan raya umum ke-13 sudah tidak lama lagi.

    Beliau berkata, dengan kewujudan pelbagai akta baru dan 'undang-undang rimba' yang sangat tidak masuk akal, semakin terbukti bahawa Umno BN sudah bersiap untuk membubarkan parlimen.

    Justeru, ujarnya Gamis menyeru seluruh mahasiswa khususnya dan anak muda umumnya untuk mempersiapkan diri dalam penyertaan menentukan kepimpinan negara yang lebih baik.

    Katanya, dua perkara penting yang mesti ditekankan oleh mahasiswa iaitu nama sudah didaftar sebagai pengundi dan pastikan kewujudan nama tersebut kerana tarikh pilihan raya masih belum diketahui.

    Selain itu, ujarnya mereka mestilah bersedia untuk pulang ke halaman masing-masing dan mengundi calon dan parti yang terbaik supaya perjuangan gelombang kebangkitan rakyat tidak disia-siakan.

    GAMIS Melaka terpaksa sahaja berselindung beb .. Cari makan ..

    ReplyDelete
  21. kami dari Badar UTeM memang tonggak pimpinan Gamis, ada masalah?HEP kami pun tak berani cakap . u all jangan masuk campur ok.

    ReplyDelete
  22. Nmpk tak ! 'undang-undang rimba' yang sangat tidak masuk akal, semakin terbukti bahawa Umno BN itu kenyataan kami .. BAHALOL UMNO / GPMS

    GAMIS tetap sokong PAS

    ReplyDelete
  23. porah sama Hep Utem sama sokong kami ler keh keh keh tonggak kami hidup Hep

    ReplyDelete
  24. WAHAI RAKYAT MELAKA.. MARI BERSAMA MAJUKAN MELAKA, yang kurang kita topup, yang salah kita tegur sebaiknya, yang baik jadikan teladan, yang xbaik jadikan sempadan...

    ReplyDelete
  25. pergh.. takut aku bace stetment budak2 BADAR nie. HEP pun tak berani ckp, biar betik. hebat betul BADAR nie. kebal punye persatuan, mcm nie ke kate pelajar islam. muke nampak baik, tp hati hitam. terselit ideologi PAS. gerakan bawah tanah PAS utk pelajar. BADAR dipergunakn PAS. sama dgn GAMIS, masing2 jd kuda PAS. niat tak ikhlas dlm berdakwah sbb nak hasut pelajar undi PAS.

    ReplyDelete
  26. GPMS jangan jadi jaguh kami GAMIS tetap sokong PAS
    Hidup Utem

    ReplyDelete
  27. badar bukan penyokong kerajaan dan kami mndokong perjuangan islam salah ke. Hep di dalam diluar sama saje boh

    ReplyDelete
  28. ni nk khabaq, apsal lak isu sngat Gamis sokong Pas, Abim sokong Pas tak bising lak kamu? apa lak masalh kalau kami pelajar menyokong Pas?

    ReplyDelete
  29. Apasal korang nak kait2 Parti ni? Gamis pusat NGO kot, memang berdaftar NGO. Dahlah, gaduh2 guna kata2 kesat, manalah ciri2 mahasiswa atau intelek? Kalau x sokong pun, tulis lah baik2 der.

    GPMS ke apa ke, buat dan jalankan kerja masing2.. bangunkan ummah ni. Gamis buat benda baik, kita sokng k!

    ReplyDelete
  30. macam orang sama je komen ... huhu... kesian...nama pun anonymous..

    ReplyDelete
  31. GPMS marah ke kena kritik? kalau marah, gi buat laporan polis.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih pd semua yg beri komentar samada berulang-ulang atau apa jua. Semoga kita mampu membina kesatuan fikrah. Elakkan pergaduhan dan tuduhan. InsyaAllah, semoga kita berjaya membina minda ummmah yang intelek.

    ReplyDelete
  33. Kesian-kesian.

    ReplyDelete
  34. Adat, yang baik itu didengki, yang buruk itu diikuti..

    Kalau x percaya, lihat la perkataan2 yg digunakan, 'bodoh' and sewaktu dengannya, membakwa makna yang kurang elok..dan diguna pakai oleh ramai org.

    Manakala, ucapan seperti Astagfirullah, Allahuakbar, Nauzubillah.. Jarang digunakan.

    Sekarang, dah boleh tegok sendiri, mana yang perlu dicontohi dan diikuti.. ha. ha.

    Siapa yang x kisah langsung didengki, x melatah langsung dikeji.. kita boleh tahu.. sebabnya, kematangan seseorang kita boleh lihat pada apa yang disampaikannya sama ada tulisan atau percakapan.

    Peace. GAMIS dah turun pada masyarakat. :)

    ReplyDelete
  35. sahabat-sahabt sekalian,usahlah kita berbalah sesama kita. Kita sesama islam, GAMIS MELAKA merupakan gabungan mahasiswa islam khususnya di melaka, dan GPMS pun memperjuangan perkara yang sama. Selaku mahasiswa,kami ingin mengajak kita bersama-sama menilai suasa semasa dengan berpandukan fikiran yang nutral dan secara intelektual.

    ReplyDelete
  36. najib altantuya5 May 2012 at 01:13

    woi, nak provoke pn x yah ler sampai gitu,nampak agak kantoi disitu.

    perangai geng2 hasad dengki ni mmg gitu ler. nk sangat islam jatuh. xnak islam tertegak diatas kejahilan mereka.

    dah la orang yg sama komen,pastu berlakon, ade plak cilakak nk ngaku die sokong parti tu,parti ni.. mcm harem..


    puffftttttttttttttt

    ReplyDelete
  37. bapak siti nurhaliza5 May 2012 at 01:17

    bodo x bodo korang ni komen, hatta seorang pelajar utem yg x aktif pun tau HEP kat utem dipanggil HEPA, ni kan plak orang kuat badar yg selalu berurusan dgn pihak atasan.


    yg komen pkai "HEP" tu sah orang luar utem yg mngaku die pimpinan badar..WTF. dah la ulang kesilapan sama, maka terkantoilah dia disitu tukang komen yg sama..

    ReplyDelete