Tuesday, 26 February 2013


Ucapan Ustaz Azan Safar sewaktu Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan.


            Sewaktu Himpunan Mahasiswa Islam Zon Selatan, sempat ana catatkan beberapa perkara dalam ucapan Ustaz Azan yang boleh kita jadikan perangsang untuk terus menjadi mahasiswa Islam yang ke depan dan berdaya saing. Ana telah olah sedikit isi ucapan beliau, agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat.

 Beliau berkata, mahasiswa perlu banyak membaca bagi menambah ilmu dan pengetahuan. Bacaan perlulah bacaan yang dapat menjana idea-idea untuk membantu ummah, bukan bacaan yang sia-sia.

            Manfaatkan masa sebagai mahasiswa. Rancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kerana sewaktu zaman sebagai mahasiswa ialah masa keemasan bagi mencipta sejarah-sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan. Bila dah bekerja nanti, pastinya kita akan merindui masa belajar.

            Mahasiswa yang intelek dan berpandangan jauh, pastinya mampu melontarkan idea-idea untuk masyarakat. Tapi hingga kini, suara mahasiswa masih belum diiktiraf oleh masyarakat. Mahasiswa haruslah meningkatkan kompetensi diri agar mampu menjadi suara yang didengari.

            Jika kita lihat orang biasa letak keris di pinggang, kini keris perlu ada di akal. Mahasiswa perlu bijak, nak bijak kena belajar, kita perlu try and error. Jangan ambil masa yang lama untuk fikir risiko, jika kita lambat mencuba sesuatu yang baru, kita sendiri yang akan rugi. Mahasiswa perlu lawan rasa takut, bila kita lawan rasa takut, rasa excited akan muncul. Kita akan rasa seronok dengan pencapaian diri sendiri.

            Beliau juga mengingatkan kita dengan kisah dalam Surah Kahfi, iaitu kisah Ashabul Kahfi. Beliau menekankan ciri kepemudaan yang perlu ada dalam setiap diri mahasiswa. Antaranya ialah :
            1. Beriman kepada al-Quran.
            2. Berjuang kerana Allah.
            3. Mahasiswa tidak boleh hanya duduk statik, kena bangun dan bangkit. Ingatan kita pada sirah Mus’ab bin Umair dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang bangkit menentang kebatilan pada usia yang muda.
            4. Mahasiswa perlu mengorak langkah meningkatkan kualiti diri untuk membantu ummah.

Bersama-sama kita mengubah diri dan ummah ke arah yang lebih baik lagi. Insyaa Allah.


Unit Penerangan Gamis Melaka.

Himpunan Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan

Himpunan Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan, Johor
17 Februari 2013 


Perkara penting sepanjang program :

- Bertempat di Parit Kuari, Ayer Hitam, Johor Darul Takzim.
- Jumlah kehadiran seramai 79 orang muslimin dan 97 orang muslimat.
- Program rumah ke rumah untuk mengedarkan flyer, selain mengadakan speaker corner di pasar malam.












Bangkitlah wahai mahasiswa Islam !




Sunday, 27 January 2013

Manfaatkan cuti semester anda, anda dan anda !

Assalamua`alaikum sahabat-sahabat syurga ana. Selamat bercuti ana ucapkan untuk antum semua. Sudah tentu antum ada banyak aktiviti yang akan dilakukan. Tapi perlu diingat, aktiviti yang akan kita lakukan itu haruslah bermanfaat dan tidak sia-sia. Sepanjang berada di rumah, luangkan masa untuk membantu keluarga menguruskan rumah kerana bila mana kita berada di kampus, kita sibuk dengan kelas, assignment dan aktiviti-aktiviti persatuan. Jadi gunakan masa cuti semester ini dengan berkualiti untuk membina hubungan yang lebih baik lagi dengan ahli keluarga kita. 

Selain itu, gunakan masa cuti ini untuk mencari dan membaca bahan-bahan ilmiah agar dapat digunakan sebagai pengisian semasa berbulatan gembira bersama sahabat-sahabat. Sharing is caring right ? Seorang dai`e perlu tanam sikap suka membaca dalam diri agar kita menjadi muslim berpengetahuan. Bukankah kita mahu jadi muslim yang luar biasa ? Waktu cuti ini juga kita gunakan untuk meningkatkan ibadah kita pada Allah. Lakukan ibadah yang kita tidak sempat lakukan sewaktu sesi pengajian pada waktu cuti semester ini.




Dunia adalah penjara bagi orang mukmin.

Masa lapang adalah musuh bagi mujahid/mujahidah.

Manfaatkan cuti untuk Islam jom :D 

Waktu macam ini lah nak jadi khadam pada ibu dan ayah.

Salam percutian.

Peringatan bersama agar tidak leka.

 Fighting!!! 



Unit Penerangan Gamis Melaka







[240113] Isu Semasa Dalam Negara

Sinar-Maszlee Malik, Aziz Bari: Mahasiswa layak bertanding PRU 13 http://www.sinarharian.com.my/politik/mahasiswa-layak-bertanding-pru13-1.124552
Mk-Aziz Bari: Ahli akademik hanya mahu pangkat, jadi Dato, Maszlee Malik: Pelajar takut dibuang universiti, takut PTPTN ditarik balik, takut markah rendah http://www.malaysiakini.com/news/219706
Sinar-MB tak tunai janji 10 tahun, UMNO Cawangan tutup bilik gerakan http://www.sinarharian.com.my/politik/marah-mb-tutup-bilik-gerakan-1.124546
Sinar-UMCEDEL: Orang Cina lebih ramai pengundi atas pagar http://www.sinarharian.com.my/politik/umcedel-orang-cina-lebih-ramai-pengundi-atas-pagar-1.124541
Sinar-Survey calon PM: Anwar hampiri Najib
http://www.sinarharian.com.my/politik/calon-pm-najib-dan-anwar-jadi-pilihan-1.124525
http://www.malaysiakini.com/news/219782
Mk-Kajian UMCEDEL: Pakatan hanya 5 peratus belakang BN http://www.malaysiakini.com/news/219781
Sinar-MB Perak taknak layan cabaran berdebat http://www.sinarharian.com.my/politik/mb-perak-tidak-mahu-layan-cabaran-debat-1.124408
Sinar-5 Feb: Himpunan Rakyat 1Malaysia Pulau Pinang http://www.sinarharian.com.my/politik/anggaran-20-00-orang-dijangka-hadir-himpunan-rakyat-1-malaysia-1.124434
Sinar-Pas: UMNO cetus kebimbangan Melayu http://www.sinarharian.com.my/politik/anggaran-20-00-orang-dijangka-hadir-himpunan-rakyat-1-malaysia-1.124434
Sinar-Keputusan Majlis Syura muktamad http://www.sinarharian.com.my/nasional/keputusan-majlis-syura-muktamad-1.124545
Sinar-MB Selangor: Beku perbelanjaan modal Syabas http://www.sinarharian.com.my/nasional/mb-selangor-beku-capex-syabas-1.124522
Sinar-Husam Musa: Penemuan minyak di KB, Kelantan akan usaha sendiri http://www.sinarharian.com.my/nasional/husam-kelantan-temui-minyak-di-kb-akan-usaha-sendiri-1.124519
Mk-Gerakan: Ibrahim Ali anarkis kerana seru bakar Bible BM http://www.malaysiakini.com/news/219753
Mk-Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantu http://www.malaysiakini.com/news/219779
Mk-Buku BN kritik Pakatan diberi bersama bantuan RM 100 http://www.malaysiakini.com/news/219772

Thursday, 10 January 2013

Jom ! Hijrah 2013.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada malam tahun baru yang lalu, Gamis Melaka (GaMa) telah mengadakan program Jom ! Hirah 2013. Hampir 100 orang sahabat-sahabat sekitar Melaka menyertai program ini. Kami telah menjalankan aktiviti 'street dakwah' dengan mengedar risalah berkaitan azam tahun baru di sekitar Dataran Pahlawan, Melaka. Bermula selepas solat `Isyak di Masjid Al-Azim sehingga lewat jam 12 tengah malam. 

Berikut ialah perjalanan program Jom ! Hijrah 2013 :



 Kami berkumpul di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Gamis Melaka, saudara Ridhwan. Beliau memberikan panduan dan peringatan kepada sahabat-sahabat agar berhati-hati semasa pengedaran risalah kerana akan berhadapan dengan masyarakat luar. Selain itu, beliau turut merasmikan program Jom ! Hijrah 2013.



Ini antara sahabat-sahabat yang menyertai program. Khusyuk mereka ini dengar ucapan saudara Ridhwan. Barulah bersemangat menjayakan program ^_^



Seterusnya, taklimat keselamatan oleh wakil Majlis Politik Nasional, Gamis Melaka. Beliau menerangkan laluan yang akan dilalui bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Al-maklum, malam tahun baru, sudah pastinya ramai rakyat Melaka yang akan ke Dataran Pahlawan untuk menyaksikan konsert yang diadakan di sana.



Haa, inilah risalah yang kami edarkan. Di dalam risalah tersebut disertakan cara membina azam yang baik, komik berkaitan azam, kata-kata hikmah dan sebagainya. Rugi siapa yang tidak dapat risalah ini.



Selepas sesi taklimat, kami meneruskan perjalanan kami ke Dataran Pahlawan, ada yang menaiki motosikal, ada yang menaiki kereta. Kami berkonvoi ke sana. Hati-hati bawa motosikal itu, jangan merempit ya !




Inilah keadaan jalan raya di hadapan Dataran Pahlawan. Ramainya kereta, eh silap, banyaknya kereta. Hehe. Hal ini menyebabkan ada sahabat yang sampai awal dan sampai lambat. Ada juga yang sedang mencari parking. Oleh itu, sahabat-sahabat yang sampai awal akan memulakan misi terlebih dahulu. One, two, three, action !



Kad ini diberikan kepada semua yang hadir untuk menyaksikan konsert. Saya pun tak terkecuali, walaupun saya tak berniat pun nak tengok konsert. Saya ambil sebab cantik. Dibelakangnya terdapat tentatif program.



Ramainya umat...... Penuh dan sesak padang Dataran Pahlawan ini. Kalau ramai macam ini orang datang masjid hari-hari kan bagus ^_^



Sempat saya minta mereka untuk bergambar. Terima kasih kerana sudi mendengar penerangan kami berkaitan program Jom ! Hijrah 2013. Harapan semoga kita sama-sama dapat membina azam yang baik. Aamiin.


 - MISSION ACCOMPLISHED -


Setelah semua risalah telah habis diedarkan, kami pun kembali berkumpul di hadapan MAIM untuk sesi post mortem.



Wakil dari sahabat muslimin. Terima kasih atas pandangan untuk penambahbaikkan program akan datang. Insya Allah.



Wakil dari sahabat muslimat. Penuh bersemangat ya ! Syukran ya ukhti.



Akhir sekali, majlis penutup yang dikendalikan oleh wakil Majlis Dakwah dan Kebajikan, Gamis Melaka, selaku pengarah program. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menyertai Jom ! Hijrah 2013.



Sebelum beredar, kami adakan sesi bergambar bersama sahabat-sahabat. Comey-comey belako antum sume ni. 




Terima kasih, syukran untuk semua. Ada lagi gambar yang tidak sempat saya sertakan. Maaf ya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa sahabat-sahabat semua. Dakwah tidak akan mampu dilakukan secara berseorangan. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini, Allah terima, redha dan diberi ganjaran pahala. Bersahabat hingga ke syurga-Nya. Aaminn.


Jemput hadir program akan datang ya ! 
Nantikan.




Unit Penerangan, Gamis Melaka (GaMa)


Sunday, 6 January 2013


GAMIS Melaka kini boleh diakses melalui pelbagai saluran, kami dalam proses meluaskan jaringan dakwah untuk anak muda Melaka. Teruskan bersama kami dan jadilah sebahagian daripada aktivis dakwah. Kami akan sedaya upaya akan menyampaikan pelbagai isu kepada anda dengan telus.


Page rasmi GAMIS Melaka : https://www.facebook.com/GamisMelaka