Ucapan Ustaz Azan Safar sewaktu Kebangkitan Mahasiswa Zon Selatan.
Sewaktu
Himpunan Mahasiswa Islam Zon Selatan, sempat ana catatkan beberapa perkara
dalam ucapan Ustaz Azan yang boleh kita jadikan perangsang untuk terus menjadi
mahasiswa Islam yang ke depan dan berdaya saing. Ana telah olah sedikit isi
ucapan beliau, agar mudah difahami oleh sahabat-sahabat.
Beliau berkata, mahasiswa perlu banyak membaca bagi menambah ilmu dan
pengetahuan. Bacaan perlulah bacaan yang dapat menjana idea-idea untuk membantu
ummah, bukan bacaan yang sia-sia.
Manfaatkan masa sebagai mahasiswa.
Rancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kerana sewaktu zaman sebagai
mahasiswa ialah masa keemasan bagi mencipta sejarah-sejarah yang tak mungkin
dapat dilupakan. Bila dah bekerja nanti, pastinya kita akan merindui masa
belajar.
Mahasiswa
yang intelek dan berpandangan jauh, pastinya mampu melontarkan idea-idea untuk
masyarakat. Tapi hingga kini, suara mahasiswa masih belum diiktiraf oleh
masyarakat. Mahasiswa haruslah meningkatkan
kompetensi diri agar mampu menjadi suara yang didengari.
Jika
kita lihat orang biasa letak keris di pinggang, kini keris perlu ada di akal. Mahasiswa perlu bijak, nak bijak kena belajar, kita perlu try and error. Jangan ambil masa yang
lama untuk fikir risiko, jika kita lambat mencuba sesuatu yang baru, kita
sendiri yang akan rugi. Mahasiswa perlu lawan
rasa takut, bila kita lawan rasa takut, rasa excited akan muncul. Kita akan rasa seronok dengan pencapaian diri
sendiri.
Beliau
juga mengingatkan kita dengan kisah dalam Surah Kahfi, iaitu kisah Ashabul
Kahfi. Beliau menekankan ciri kepemudaan yang perlu ada dalam setiap diri
mahasiswa. Antaranya ialah :
1.
Beriman kepada al-Quran.
2.
Berjuang kerana Allah.
3.
Mahasiswa tidak boleh hanya duduk statik, kena bangun dan bangkit. Ingatan kita
pada sirah Mus’ab bin Umair dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang bangkit menentang
kebatilan pada usia yang muda.
4.
Mahasiswa perlu mengorak langkah meningkatkan kualiti diri untuk membantu
ummah.
Bersama-sama kita mengubah diri dan
ummah ke arah yang lebih baik lagi. Insyaa Allah.
Unit Penerangan Gamis Melaka.
No comments:
Post a Comment