Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan Kareem

".... Rukun Islam yang kedua ialah puasa. Apakah puasa? Apabila sembahyang dikerjakan lima kali seharisemalam, maka puasa dikerjakan pada suatu masa selama sebulan penuh dalam setahun. Apabila datang bulan Ramadhan, anda menahan diri daripada makan dan minum sejak fajar sampai ke petang.

Pada waktu anda sedang makan dan minum, apabila Subuh mulai mencerah dan anda mendengar azan, serentak hendaklah anda menahan tangan anda daripada makan dan minum. Selepas itu, jika makanan yang lazat dan minuman yang menggiurkan terhidang di hadapan anda, anda tidak akan mendekatinya sehingga terbenam matahari.

Di sepan jang masa ini - sejak fajar hingga maghrib - janganlah anda meminum seteguk air pun, dan janganlah menelan sepotong makanan pun. Tetapi pelarangan makan dan minum tidaklah berkepanjangan melainkan hingga suatu masa yang tertentu. Apabila matahari terbenam dan anda mendengar azan maghrib hendaklah anda segera berbuka. Dan pada malam itu anda boleh makan dan minum mengikut yang patut dan baik.

Fikirlah! Apakah yang anda lakukan itu? Tak diragukan bahawa latarbelakangnya adalah takut kepada Allah Ta’ala, yakin bahawa ia mengetahui dan melihat, iman akan Han Akhir dan akan kehadiran di mahkamah Allah, ta’at yang kuat kepada A1-Qur’an dan kepada Rasul, perasaan kuat Untuk menunaikan kewajipan, menguji kesabaran dan ke sanggupan untuk mengalahkan hawanafsu.

Bulan Ramadhan mendatangi anda setiap tahun. Ia berusaha mendidik anda selama tiga puluh hari penuh untuk mempunyal sifat dan akhlaq yang tinggi. Sehingga jadilah anda Muslim yang sungguh-sungguh sempurna. Dan dengan sifat dan akhlaq ini jadilah anda mampu mengekalkan ibadat yang hakiki yang wajib ditunaikan oleh seorang Muslim pada setiap detik hidupnya. Kemudian, Allah Ta’ala tidak mewajibkan puasa ke atas semua orang Muslim melainkan pada bulan yang satu itu sahaja.

Pada bulan itu mereka semua hendaklah melakukan puasa tanpa perbezaan. Di situ juga dijumpai banyak manafa’at. Apabila datang bulan Ramadhan, seluruh masyarakat Muslimin diingkupi oleh udara kesucian, kebersihan, keimanan, takut akan Allah, ta’at kepada hukumNya, kelembutan akhlaq dan amal-amal baik. Dan tertutuplah pasaran perbuatan mungkar. Penyebaran kebaikan dan keindahan menjadi umum. Hamba-hamba Allah yang salih bertolong tolongan sesama mereka untuk melakukan perbuatan baik dan memberi kebaikan. Penjahat-penjahat pun mulai merasa malu mengerjakan yang mungkar. Pada orang kaya timbul perasaan hendak menolong saudara mereka yang fakir miskin. Mereka membelanjakan harta pada jalan Allah. Jadilah seluruh Kaum Muslimin dalam keadaan yang sama.

Dalam h.ati mereka tumbuh perasaan bahawa mereka seluruhnya adalah satu kelompok. Dan ini adalah jalan yang mantap untuk menumbulkan dalam diri mereka perasaan kasih sayang, persaudaraan, tolong-menolong dan persatuan. Semua manfa’at ini kembali ke atas diri kita juga. Tuhan tidak mengambil faedah dan pelaparan kita. Ia tidak mewajibkan kita berpuasa Ramadhan melainkan bagi kemaslahatan kita. Barang siapa yang tiada menunaikan kewajipan ini tanpa sesuatu sebab sesungguhnya mereka telah menzalimi diri sendiri.

Banyak di antara mereka yang sedikit perasaan malunya dan keji jalan yang ditempuhnya. Mereka itulah orang-orang yang makan dan minum dalam bulan Ramadhan terang terangan tanpa segan dan malu. Seolah-olah mereka hendak menunjukkan-bahawa kita ini bukan dan jama’ah Muslimin, dan kita tidak berhias dengan hukun-hukum agama Ummat Muslimin itu. Bahkan kita ini termasuk di antara orang-orang yang tidak merasa berat untuk meninggalkan jama’ah Kaum Muslimin dan tiada merasa malu untuk menjauhi Pencipta dan Pemberi rezki, dan termasuk orang-orang yang tiada merasa salah menentang undang-undang yang diwajibkan ke atas mereka oleh pemimpin besar s.’a.w.

 Bagaimanakah boleh diharap dan mereka ini penunaian janji, amanah, akhlaq, perasaan akan kewajipan dan memeliharakan undang undang?!. ..."


Petikan buku Asas-Asas Islam karangan Abul 'Ala al Maududi.

Kami warga Gamis Melaka mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiah Ramadhan Kareem.

Moga2 Allah memudahkan laluan kita kearah membaiki diri dalam mencapai redhaNya insyaAllah :))

.