Monday, 30 September 2013

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.

“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”

Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker’ lebih daripada setengah tahun.



source : Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar.

or klik this link :

Thursday, 19 September 2013

Amalan 'copy paste' tak beretika

KUALA LUMPUR - Amalan 'copy paste' atau 'salin dan tampal' maklumat dari internet bagi tujuan pembelajaran adalah perbuatan tidak beretika kerana menciplak, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan itu tidak membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara bernas.
   
Katanya kesahihan maklumat itu juga tidak dapat dipastikan dan ini boleh menimbulkan penyebaran maklumat yang salah ke dalam proses pembelajaran pelajar.
   

"Pelajar serta masyarakat perlu diberikan kesedaran bahawa amalan tersebut adalah salah jika maklumat tidak diperhalusi kesahihannya," katanya ketika berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
 
Jailani turut menekankan bahawa pelajar yang menjadikan internet sebagai rujukan atau bersosial supaya bijak dalam memberikan refleksi terhadap sesuatu isu yang didepani mereka termasuklah dalam isu penggunaan bahasa.
  
"Remaja atau pelajar tidak perlu terikut-ikut dengan lenggok bahasa rojak yang terdapat dalam media ini dan membawanya ke alam pembelajaran dan komunikasi seharian.
 
"Begitu juga dengan sebarang tindakan seperti memuat naik perkataan atau gambar yang negatif dan berkongsi pula dengan pengguna lain," katanya.
  
Ketua Pengarah DBP Datuk Awang Sariyan yang turut hadir berkata DBP kini dalam perancangan melaksanakan program penarafan bintang berhubung penggunaan bahasa kebangsaan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan pentadbiran awam.
  
Beliau berkata kerjasama antara DBP, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah usaha untuk menjadikan PBT, tempat awam dan jabatan awam negara ini bercirikan citra kebangsaan melalui bahasa Melayu.
   
Katanya satu unit audit bahasa ditubuhkan bagi tujuan itu dengan 18 PBT sedang dinilai di peringkat awal untuk penarafan bintang sebelum diperluaskan di kesemua 149 PBT seluruh negara.



source : www.sinarharian.com.my
 

Jom baca surat khabar.




BACHANG - Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru maut apabila kereta dipandu rakan sekolejnya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Lebuh AMJ berhampiran Balai Panjang di sini, pagi semalam.

Mangsa, Teh Arifah Hanani Mohd Nasri, 20, maut apabila tersepit di tempat duduk  penumpang hadapan selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaikinya melanggar pokok kira-kira jam 1.30 pagi.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu yang sampai ke lokasi jam 1.45 pagi selepas menerima panggilan 10 minit sebelumnya mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk mengeluarkan kedua-dua remaja terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superitendan Muhammad Koey Abdullah berkata, ketika kejadian, kereta yang dipandu rakan mangsa, Muhammad Zul Akmal Abd Halim, 19, dalam perjalanan dari arah Malim menghala persimpangan lampu isyarat Lee Rubber, Bachang

“Kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar sebatang pokok yang terletak di kiri jalan dalam keadaan mengiring.

“Akibat kemalangan ini, kedua-dua remaja terbabit tersepit, namun mangsa yang berasal dari Serendah, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, Muhammad Zul Akmal yang terselamat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa, Teh Arifah, Mohd Nasri Hashim, 59, berkata, kali terakhir bertemu anak keempat daripada tujuh beradik itu adalah pada Isnin lalu sebelum balik ke Melaka menaiki bas.

“Kebiasaannya dia akan balik ke rumah dua atau tiga minggu sekali atau jika cuti panjang. Pada cuti hujung minggu lalu, dia ceria seperti selalu, tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Kira-kira jam 3 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada polis mengatakan anak kemalangan. Saya terkejut, namun dapat mengagak sesuatu lebih teruk berlaku,” katanya.

Katanya, Teh Arifah yang menuntut dalam jurusan Diploma Sumber Manusia kini semester tiga sering berulang-alik dari Serendah ke Melaka sejak lebih setahun lalu.
 

Moga Allah tempatkan bersama orang-orang beriman. Aamiin.

Saturday, 7 September 2013

Semester baru

Alhamdulillah.. Berakhir cuti semester bagi pelajar ijazah di seluruh IPTA. Adik-adik junior yang baru mendaftar diharapkan dapat menempuh ujian dan dugaan sebagai mahasiswa. Kena pandai pilih kawan, kena pandai sesuaikan diri dengan suasana baru, kerana sekali tersalah pilih, mungkin selamanya kita akan menanggung akibat buruk..

Jom tajdid niat kita belajar kerana Allah, letakkan dakwah sebagai perkara yang penting juga. Belajar nombor satu tapi dakwah bukan nombor dua. Bentuk biah solehah (suasana solehah) di kampus anda. Pastinya kehidupan lebih barakah, kan ?

Jaga akhlak sebagai orang Islam, jangan jadi fitnah kepada agama. Islam itu indah jangan kita cemarkan dengan perkara yang buruk. Akhir sekali, laksanakan amar makruf, nahi mungkar. Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. Jadi kena usaha buat sikit-sikit.

Jaga diri ! Assalamualaikum.