Bismillahirrahmanirrahiim..
Alhamdulillah , lafaz kesyukuran kita
panjatkan kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yg diberikan kepada kita selaku
hamba-hambaNya dan kita masih diberi kesempatan menjadi tetamu ramadhan 1433H
kali ini yg hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya Syawal
1433H.
“ Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.” (Surah al-baqarah ayat 185)
Walaupun kita diambang pengakhiran Ramadhan
yang semestinya setiap daripada kita ternanti-nanti akan tibanya Syawal, saya berharap kita semua tidak lupa dan alpa
berkaitan dengan pesanan-pesanan bahkan mesej utama dalam bulan Ramadhan agar
menjadikan bulan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah yang mampu membentuk
peribadi muslim yang bertaqwa dalam diri kita. Sama-sama kita muhasabah samada
kita berjaya membentuk transformasi ramadhan dalam diri kita ataupun tidak. Begitu juga saya berharap agar kita sama-sama
mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara seislam kita di luar sana yang
hidup dengan kepayahan bahkan ditindas lagi dizalimi oleh musuh-musuh islam.
Di sini saya dan barisan kepimpinan
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia cawangan
Negeri Melaka ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat
menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua sahabat-sahabat muslimin muslimat
di seluruh Malaysia. Semoga kita kembali kepada diberi peluang untuk menjadi tetamu
ramadhan yang akan datang.
Wassalam.
Razman Bin Roslee
Pengerusi Gamis Melaka