Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Himpunan ini akan diadakan di Dataran Merdeka - Jam 2 Petang - pada 14 April ini. Himpunan ini adalah sebagai persediaan atau "acara warming up" sebelum BERSIH 3.0.
Sementara itu, berikutan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pilihan parlimen untuk penambahbaikan proses pilihan raya (PSC), gerakan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 berasa kecewa kerana mereka tidak membawa lima tuntutan yang lepas. Rentetan daripada itu, pada hari ini Penganjur BERSIH 3.0 bersama Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) , A. Samad Said mengumumkan bahawa perhimpunan seterusnya iaitu BERSIH 3.0 akan diadakan pada penghujung bulan ini jam 2 petang - 28 April - di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dengan slogan "duduk bantah".
Kami melihat terdapat beberapa perkara dalam PSC yang sesuai untuk digunapakai. Namun begitu, terdapat juga banyak perkara yang tidak tencapai seperti yang diharapkan. Oleh itu, kami menggesa anak muda, dan mahasiswa supaya turun BERSIH 3.0 bagi menuntut keadilan dan pilihan raya yang bersih untuk kali ini.
Tambahan pula, kami berharap supaya pilihan raya akan datang dapat dilaksanakan dengan telus bertepatan dengan lapan tuntutan BERSIH 3.0 bagi masa depan negara yang lebih baik. Kita tidak boleh begitu ghairah dengan menghalalkan cara yang buruk asalkan matlamat tercapai kerana apabila nilai menjadi terlalu relatif, orang ramai terutamanya anak muda akan berasa kecewa dan muak dengan gejala buruk dan politik yang jijik. Mereka akan bertanya adakah sudah tidak wujud lagi nilai baik dan salah dalam kamus politik kita? Jadi, tidak hairanlah soal kepimpinan, politik dan hal ehwal semasa tidak dipedulikan oleh anak muda kerana politik jijik menjadi sanjungan. Kekecewaan generasi muda pada hari ini akan merugikan serta menghasilkan generasi muda yang lemah ataumediocre.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga menyeru supaya seluruh masyarakat termasuk pemimpin politik, NGO dan rakyat akan turut bersama menyertai himpunan mansuh PTPTN dan BERSIH 3.0 bagi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Kita percaya kepada sistem demokrasi yang telus serta mendukung Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang tertinggi dalam negara ini. Jadi, usah takut, usah gentar. Ayuh turun!
*Kenyataan media oleh Muhamad Safwan Anang @ Talib (gambar kanan) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
GAMIS MELAKA
INSPIRASI ANAK MUDA
Mari kita mansuhkan ptptn...biar kita study guna duit sendiri...x payah nak hutang2...
ReplyDeletePatut x payah diadakan Bersih 3.0..Lebih baik diadakan Bersih 2.0 Turbocharged....kesinambungan dari Bersih 2.0
ReplyDelete