Thursday, 1 March 2012
Pemerintah Yang Adil
Menurut Islam, sebuah pemerintahan yang tidak adil, akan jatuhlah ia kepada salah satu hukum fasiq, zalim atau kafir. Bergantunglah kepada bentuk bentuk atau sebab sebab penolakan mereka kepada hukum hukum ALLAH. Namun dalam hal ini perlu di ingatkan bahawa dalam Islam, hukum fasiq, zalim dan kafir ini bukan sahaja ditujukan kepada pemerintah sahaja tetapi siapa sahaja yang menolak hukum ALLAH sama ada dalam diri, rumah tangga, jemaah atau parti. Rakyat juga tidak boleh mengata-ngata pada pemerintah yang tidak adil saja, kerana pemerintah itu naik dari rakyat. Bagaimana rakyat, begitulah pemerintah. Sebaik-baiknya rakyat dan pemerintah taat pada ALLAH, barulah terbentuk keadilan yang sempurna. Untuk membentuk pemerintahan yang adil adalah mengusahakan TAQWA di pihak pemerintah dan rakyat. Sebab itu, bagi mereka yang merindukan negara adil, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya oleh pemerintah dan juga rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment