Saturday, 31 August 2013

Assalamualaikum. Dah terlalu lama admin tak post apa-apa di blog ini. Apa khabar sahabat sahabiah ? Apa khabar iman anda ? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan dirahmati Allah S.W.T. Insha Allah..

Sepanjang Ramadhan dan Syawal banyak perkara yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Isu Mesir yang bagai tiada penghujungnya kerana terlalu ramai nyawa yang terkorban kerana kezaliman pihak tertentu. Mungkin kita tak mampu untuk ke sana berperang atau menjatuhkan pihak yang sepatutnya. Tapi dengan doa yang berterusan untuk mereka, insha Allah semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Allah uji kerana Allah sayang. Begitu berat ujian yang Allah berikan kepada mereka. Pastinya iman mereka berkali ganda hebatnya jika nak dibandingkan dengan kita insan yang lemah ini. Allah...

Di Malaysia pula, walaupun telah 56 tahun kita meraikan kemerdekaan, tapi adakah jiwa-jiwa kita benar-benar merdeka ? Atau hanya sekadar laungan yang tiada rohnya ? Sedangkan gejala sosial masih bermaharaja lela, semakin teruk pula. Allah... Dengan isu buang bayi di universiti tempatan, kes rogol di kolej kediaman mahasiswi, keganasan ibu bapa dengan mendera anak kandung mereka sendiri. Apa dah jadi dengan dunia akhir zaman ? Sadis.

Tidak lama lagi, semester baru akan bermula. Semoga sahabat meletakkan dakwah sebagai salah satu perkara utama yang wajib dilakukan tak kira di mana jua. Walaupun iman kita senipis kulit bawang, tapi mungkin dengan usaha kita yang sedikit itu mampu membuka hati orang lain untuk lebih dekat dengan Islam. Insha Allah.

Salam Kemerdekaan Ke-56. Peace For Egypt. R4BIA.



Saturday, 6 July 2013

Cakna Isu Mesir

Pendirian Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, 
06 Julai 2013,
27 Sya'aban 1434 H.

GAMIS melahirkan rasa kesal terhadap penggulingan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang dilantik secara rasmi melalui sistem pilihanraya pada 24 Jun 2012 tahun lepas. 

Dalam tempoh 377 hari ( 1 tahun 12 hari ), realitinya sudah pasti satu jangka masa yang sangat singkat untuk melakukan fasa perubahan menyeluruh terhadap negara Mesir setelah 30 tahun negara itu ditadbir oleh Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, Presiden Mesir ke - empat.

Ditambah juga, sepanjang tempoh itu beliau berhadapan dengan cabaran tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin pertahanan negara dan kakitangan kerajaan bagi melaksanakan perubahan yang dirancang.

Polemik yang dimainkan pihak tentera bagi merampas kuasa yang turut mendapat sokongan Syeikhul Azhar menyaksikan kebejatan sistem politik Mesir yang sewenang - wenangnya dibonekakan.

GAMIS berpandangan seharusnya SISTEM POLITIK MESIR PERLU DIROMBAK DARI AKAR UMBI supaya KUASA TENTERA TIDAK MENJADI ALAT untuk MEROBEK KEPUTUSAN PILIHAN RAKYAT.

Ini kerana, tidak mustahil selepas ini jika perlantikan Presiden masih juga tidak dipersetujui, maka rampasan kuasa oleh tentera akan terus berlaku sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Mesir dalam jangka tempoh yang panjang.

Dalam hal rampasan kuasa ini, Barat dilihat menyokong tindakan tersebut walaupun demokrasi menjadi laungan mereka. Tetapi, sebaliknya yang berlaku, apabila Dr Morsi kelihatan melebar luas agenda Islam terutamanya isu Palestin.

GAMIS turut menyokong tindakan parlimen Turki serta parti pembangkangnya yang tegas mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tentera membelakangi prinsip demokrasi.

Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk yang benar oleh Allah S.W.T dalam mencermati polemik krisis politik Mesir ini. Sama - sama kita kirimkan doa berterusan buat kekuatan spiritual rakyat Mesir disana.

Muhammad Azan bin Safar,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ),
dan seluruh Saff Kepimpinan GAMIS 2012/2013.

Tuesday, 2 July 2013

Saturday, 25 May 2013

Apakah ?



Syiah telah membunuh ramai saudara kita di syria...Adakah selepas ini giliran Malaysia pula untuk puak syi'ah ini membunuh dan menyembelih kita ? Dalam gambar ini , pemimpin yang anda agungkan bersama dengan pemimpin syiah dalam sebuah program... INIKAH KEMPIMPINAN YANG ANDA MAHUKAN ???


Kasihan rakyat dipersalahkan.. Apa kata anda rakyat Terengganu ?


Apa khabar orang Terengganu?
Zalimnya korang!

Tapi anak muda memohon, bukan saja rakyat Terengganu, tapi rakyat Malaysia, bertindak lebih zalim dan kejam ke atas UMNO/BN!

Kesiannya UMNO/BN dizalimi.. haha



Sunday, 12 May 2013

Coretan Hati



Mungkinkah kita masih ada harapan untuk menukar kerajaan sedia ada ?

Tiada Istilah Kalah Di Jalan Allah.



Friday, 3 May 2013

Salam Reformasi dari Melaka (flash-mob anak muda)

Siapa kata melaka kubu kuat Barisan Nasional?? projek video anak muda melaka membuktikan Pakatan rakyat sudah diterima masyarakat Melaka, hon tanpa henti yang kami terima sepanjang program kami menunjukkkan rakyat melaka mahukan perubahan InsyaAllah. Salam reformasi dari kami di Melaka, Ubah Melaka, Tawan Putrajaya !!! Ini kalilah !!

Klik link di bawah ni untuk video