Saturday 31 March 2012

GAMIS Melaka : “ INSPIRASI wadah anak muda"



GAMIS Melaka : “ INSPIRASI wadah anak muda"

Suasana negara Malaysia hari ini sangat merisaukan dengan kebejatan pelbagai masalah tidak kira dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan, perundangan, kerjaya, serta politik yang semakin hari semakin meruncing. Justeru, anak muda sebagai generasi masa hadapan negara perlu celik serta bijak menilai dan berusaha untuk memperbaiki suasana yang sedia ada. Baru-baru ini kita digemparkan dengan Deklarasi Inspirasi Anak Muda (INSPIRASI) “The Youth Inspiration” yang merupakan sebuah gagasan atau idea daripada komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang (Excellence Future of Malaysia)untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.


INSPIRASI yang dipengerusikan oleh saudara Eikhwan Mohd Ali bergerak melalui kesatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang dan variasi inspirasi organisasi anak muda untuk membangkitkan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta partisipasi anak muda terhadap agenda pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang.


INSPIRASI memperjuangkan enam gagasan yang meliputi lapangan :- 


[1] Pendidikan

[2] Perundangan 

[3] Ekonomi

[4] Kerjaya 

[5] Politik 

[6] Sosial

           Sebagai generasi muda yang mengimpikan sebuah Negara yang mampu bersaing maju dengan negara Kelas Pertama sebagaimana Negara Jepun, maka gagasan ini dilihat sebagai satu "Answer of Problems" yang dilahirkan oleh gagasan idea entiti Mahasiswa. Dengan mengambil kira keenam-enam aspek yang menjadi asas utama pembangunan sesebuah negara, perubahan ini dikira wajar dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama pihak kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan unggul dari semua aspek samada kemajuan fizikal mahupun rohaninya.
    Justeru, kami diperingkat Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia Cawangan Negeri Melaka menyambut baik dan turut bersama dalam menyokong usaha INSPIRASI dalam membentuk Malaysia yang lebih sejahtera.


Sekian ,
"Inspirasi Anak Muda"

Gabungan Mahasiswa Islam  Se-Malaysia cawangan  Melaka

1 comment:

  1. haritu flashmob yang dianjurkan oleh Inspirasi nampak gempak seyh! mcmnie la baru ada pembaharuan dlm proses nak bawa brang gamis-inspirasi kpd masyarakat. tapi aku tgk, byk lg la kene improve.

    Mahasiswa Melaka.

    ReplyDelete